Connect with us

Oh! Media

“Kau Stress Tengok Orang Senang Pahal?” – Suami Fatin Afeefa Nasihat Netizen Jangan Banding Diri

20230117 161027 0000

Oh! Artis

“Kau Stress Tengok Orang Senang Pahal?” – Suami Fatin Afeefa Nasihat Netizen Jangan Banding Diri

Sebelum ini, panas di media sosial mengenai suami kepada pelakon Fatin Afeefa, Aliff Awang yang menerima kecaman gara-gara kenyataan yang diutarakan.

BACA: “Dahla Single, Tak Ada Duit Pula” – Gara-Gara Kenyataan Ini, Suami Fatin Afeefa Dikecam

Terkini, Aliff ataupun lebih dikenali sebagai Opai telah memuat naik satu video di TikTok meminta masyarakat agar tidak membanding-bandingkan kehidupan dengan orang lain.

IKLAN

Berbeza rezeki

Suami kepada Fatin Afeefa itu menasihatkan netizen agar tidak tertekan dengan kejayaan orang lain kerana rezeki bagi setiap manusia adalah berbeza.

Ramai sibuk mengejar impian tapi sekerat jalan. Semua berpunca dari kau bandingkan diri kau dengan kehidupan orang lain. Kau stress tengok orang lain senang pahal? Enjoy je perjalanan korang. Jangan pernah mengeluh dan penat dengan rezeki yang ada.

Selain itu, Opai juga berkongsi mengenai pengalaman kehidupannya yang sebelum ini susah namun masih bersyukur dengan rezeki Tuhan yang diberikan.

Dulu aku tak pernah rasa terbeban dengan kehidupan susah. Aku bersyukur gila hidup susah dulu. Sebab masa waktu susah gila, aku yakin dan percaya pada rezeki, takdir, masa hadapan dan tiada duka lara. Kalau kau asyik komen kat video orang kaya hidup saya sempit tolong saya, sampai mampus pun hidup kau sempit, sebab kau tak percaya diri.

Betul juga apa kata Opai, ye dok?

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas