Connect with us

Oh! Media

“Dahla Single, Tak Ada Duit Pula” – Gara-Gara Kenyataan Ini, Suami Fatin Afeefa Dikecam

Oh! Artis

“Dahla Single, Tak Ada Duit Pula” – Gara-Gara Kenyataan Ini, Suami Fatin Afeefa Dikecam

Pelakon, Fatin Afeefa mendapat perhatian media selepas mendirikan rumahtangga dengan suaminya, Aliff Awang yang merupakan seorang jutawan.

ADVERTISEMENT

BACA: Baru Berapa Hari Kahwin, Reaksi Suami Terhadap Fatin Afeefa Tarik Perhatian Netizen

Ramai yang menganggap Fatin Afeefa beruntung kerana suaminya dilihat begitu ikhlas menyayanginya. Namun, ada pula cerita yang tak sedap didengar apabila netizen mendakwa suami Fatin Afeefa bersikap angkuh gara-gara mengeluarkan kenyataan mengenai orang ‘single’.

@yoursbabe_11 Semoga bahagia selalu. #fatinafeefa #weddingvibes❤️❤️ #fyp #tiktokmalaysia #suamiistribahagia #artismalaysia ♬ original sound – Yours_

Dalam rakaman video yang dimuat naik semula oleh pengguna TikTok @yoursbabe_11, suami pelakon ini pada awalnya dilihat beraksi romantis dengan mencium dahi isterinya.

Fatin pula berseloroh dengan membahan golongan single diikuti dengan suaminya yang berkata, “Dahlah single, tak ada duit pula”.

Gurauan suami Fatin Afeefa itu bagaimanapun tak disambut baik netizen. Mereka menganggap gurauan itu tak kena dan angkuh.

Mungkin mereka tak ada niat pun nak menghina sesiapa kan? Bergurau je tu..

Kredit: TikTok @yoursbabe_11

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas