Oh! Artis
Demi Anak, Didie Alias Mengaku Pernah Jual Pakaian Dalam Kepada GRO
Didie Alias, nama pelakon yang dikenali ramai terutamanya dari segi lakonan dan perwatakannya yang menarik. Namun, siapa sangka pelakon ini mempunyai pengalaman pahit dalam menampung hidup dan membesarkan anak-anaknya.
BACA: Didie Alias Naik Angin Rakan Kongsi Pecah Amanah, Didakwa Songlap Ratusan Ribu Duit Syarikat
Didie menceritakan bahawa dirinya pernah susah dalam mencari rezeki dan telah melakukan pelbagai jenis pekerjaan hanya untuk menyara dirinya sekeluarga.
Demi anak-anak

Bagi Didie, anak-anak merupakan penguat semangat bagi dirinya untuk terus bekerja. Didie sendiri mengaku pernah berniaga di dalam kelab malam semata untuk menampung kos hidup keluarganya.
Saya pergi Danok naik bas untuk beli barangan wanita, pakaian dalam wanita dan saya jual kepada GRO-GRO di dalam sana. – Didie Alias
Pelakon itu juga menceritakan bahawa dirinya pernah dihalau dari rumah sewa kerana tidak mampu bayar sebelum bertemu dengan suaminya kini. Walau bagaimanapun, dirinya berasa bersyukur kerana rezeki yang dimilikinya kini atas usahanya untuk tidak putus asa dahulu.
Kredit: Xtra
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM