Connect with us

Oh! Media

Didie Alias Naik Angin Rakan Kongsi Pecah Amanah, Didakwa Songlap Ratusan Ribu Duit Syarikat

Oh! Artis

Didie Alias Naik Angin Rakan Kongsi Pecah Amanah, Didakwa Songlap Ratusan Ribu Duit Syarikat

Didie Alias bukan saja merupakan seorang pelakon, dia  juga ada membuka sebuah syarikat bersama rakan kongsinya. Menerusi laporan mstar, syarikatnya telah mengalami kerugian sehingga ratusan ribu ringgit gais. Apa dah jadi ni?

ADVERTISEMENT

Kerugian yang dialami syarikat itu didakwa dilesapkan oleh rakan kongsinya sendiri. Sebelum ini, dia telah memberi tempoh kepada individu berkenaan untuk memberi penjelasan selama tiga bulan. Bukan kejap tu, tapi disia-siakan saja tanpa sebarang kenyataan.

Jangan kau pecah amanah! Saya berdiam diri selama tiga bulan dan bagi dia masa untuk buktikan yang dia berada di pihak yang benar namun individu itu tak pernah datang… tapi tak apa, kita ada undang-undang

Saya dah buat laporan di balai polis dan sekarang dia sedang disiasat. Kerugian yang saya alami bukan sikit, kalau setakat seratus dua mungkin wartawan tak nak tahu pasal ini.

Tapi ini melibatkan ratusan ribu ringgit dan itu adalah duit orang, bukan duit saya!

Kalau dulu sebelum buka syarikat ‘kita buat sama-sama kita untung sama-sama’. Tapi bila dah nampak duit sampai beratus ribu terus lupa segala janji dan amanah ke? Macam tu? Semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan baik.

Kredit: mstar

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas