Connect with us

Oh! Artis

“Harapnya Dia Melihat Kami Sebagai Memori Manis” – Dolla Masih Anggap Syasya Sebahagian Dari Kumpulan

Baru-baru ini, kumpulan penyanyi terkenal, Dolla telah menjayakan konsert pertama mereka yang diberi nama, Dolla Re:Birth The Experience.

Walau bagaimanapun, mereka semua tidak pernah melupakan bekas anggota iaitu Syasya dan ketiadaannya dikatakan banyak memberikan kesan.

IKLAN

Menurut laporan mStar, Sabrozo meluahkan rasa sedih kerana Syasya tidak lagi bersama mereka namun berharap dia bangga dengan pencapaian yang diraih Dolla.

Ketika sesi latihan, saya terfikir mengenai perkara terbabit, Syasya tidak lagi bersama kami dan dia tidak akan menjadi sebahagaian perjalanan kami pada konsert ini.

Rasa sedih kerana perbincangan mengenai konsert sudah kami perkatakan sebelum Syasya keluar Dolla lagi.

Syasya masih dianggap sebagai sebahagian dari Dolla

Seorang lagi anggota yang dikenali sebagai Tabby mengharapkan bekas anggota mereka saling menyokong kerjaya mereka bertiga sebagai Dolla.

Harapnya, dia melihat kami sebagai memori manis dalam kehidupan.

Apapun terjadi, Syasya tetap sebahagian perjalanan kami sebagai Dolla. Sebagaimana kami harapkan dia ada, tak mengapa kerana masing-masing mempunyai perjalanan dan haluan sendiri.

Sementara itu, kesemua anggota Dolla, Sabronzo, Tabby dan Angel meluahkan rasa terharu kerana ramai peminat hadir ke konsert pertama mereka.

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: mStar


Penulis separuh masa Oh! Media berkaitan isu trending dan hangat.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas