Oh! Artis
Fattah Amin Dan Fazura Diam Seribu Bahasa, Peminat Semakin Bingung Isu Rumah Tangga
Selepas pelbagai spekulasi mengenai status rumah tangga Fattah Amin dan Nur Fazura, kedua-dua pasangan selebriti ini masih memilih untuk berdiam diri. Keadaan ini membuatkan peminat semakin keliru dan kecewa.
Ruangan komen Instagram Fattah mula dibanjiri dengan pelbagai soalan dan kritikan daripada peminat yang mahu penjelasan. Ramai yang kecewa kerana tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan, sedangkan Fazura sebelum ini menafikan khabar angin dan menyatakan mereka baik-baik sahaja.
Kami faham setiap orang ada privasi, tetapi anda seorang selebriti. Kami sebagai peminat berhak tahu.- Tulis seorang pengguna di Instagram Fattah.
Namun, kenyataan Fazura yang mahu fokus pada isu Palestin dianggap tidak meyakinkan sesetengah peminat.
Berhenti berdiam diri dan berhenti buat kami berteka-teki. Menggunakan Palestin sebagai alasan adalah lemah.- Tambah seorang lagi peminat yang kecewa dengan situasi tersebut.
Spekulasi mengenai rumah tangga mereka makin hangat apabila pasangan ini jarang dilihat bersama atau berkongsi foto di media sosial. Malah, Fazura sering memuat naik kapsyen dengan maksud tersirat mengenai kehidupan.
Fattah dan Fazura berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia 3 tahun.
Peminat berharap mereka akan tampil memberi penjelasan dan menyelesaikan segala isu dengan baik.
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM