Oh! Artis
Hafiz Suip Dan 2 Individu Gaduh Di Tepi Jalan Kena Bon Berkelakuan Baik Selama 6 Bulan
Sebelum ini viral di media sosial satu video menunjukkan penyanyi, Hafiz Suip dilihat mendekati seorang lelaki yang dipercayai telah mencetuskan kemarahannya di sebuah jalan raya pada 30 Ogos lepas.
BACA: Tersebar Video Hafiz Suip Bertumbuk Di Jalan Raya, Ini Apa Yang Berlaku Sebenarnya
Terbaru! Menurut laporan mStar, pergaduhan itu buatkan Hafiz dan dua lagi individu lain diperintahkan untuk menjalani bon berkelakuan baik selama 6 bulan dengan jaminan sebanyak RM500 oleh Mahkamah Majistret Kuching pada Khamis lepas.
Ketiga-tiga individu itu diharapkan untuk tidak mengulangi perbuatan sama iaitu bergaduh di tempat awam di masa akan datang selepas keputusan itu diputuskan mahkamah.
Untuk info, kejadian yang berlaku pada 30 Ogos itu berlaku di Jalan Padungan, Kuching, Sarawak di mana Hafiz telah menumbuk seorang lelaki yang dikenali sebagai Goh Hui Heong.
Pada mulanya, Hafiz memberi isyarat ingin memasuki jalan sebelum Goh membunyikan hon. Kemudian, Goh menghimpit dan memandu sehingga menghampiri kenderaan Hafiz sebelum berhentikan kereta dan berlakunya pertengkaran itu.
Kedua-dua pihak juga dikatakan sudah berdamai dan perkara ini dikongsikan seorang rakan Hafiz di Facebook miliknya.

Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM