Connect with us

Oh! Media

Hati-Hati Dengan Penipuan ‘Lampin Bayi’ Di Pasar Raya – Wanita Ini Dedah Pengalaman Ditipu

Ohmedia wanita scam budak kecil

Oh! Tidak

Hati-Hati Dengan Penipuan ‘Lampin Bayi’ Di Pasar Raya – Wanita Ini Dedah Pengalaman Ditipu

Seorang wanita, Aireen Nadyia, menceritakan pengalaman ditipu oleh seorang wanita di sebuah pasar raya di Bukit Antarabangsa. Kejadian yang berlaku pada 27 Ogos lalu itu menjadi pengajaran buat orang ramai untuk lebih berhati-hati dengan taktik penipuan yang semakin licik.

Aireen terserempak dengan wanita yang disifatkannya langsing dan bersolek rapi di pasar raya Giant. Menurutnya, wanita itu merenungnya dengan tajam, seolah-olah sedang menganalisis setiap pergerakannya.

Nak tolong bayar cash tapi berkeras suruh transfer…

Dia datang kepada saya dan minta pinjam wang untuk beli lampin pakai buang. Katanya anaknya dah buang air besar dan dia janji nak bayar semula pada malam hari selepas dapat duit dari rakannya.- Kata Aireen.

Dengan niat ingin membantu, Aireen bersetuju dan menawarkan untuk membayar lampin di kaunter. Namun, wanita itu mendesak Aireen memindahkan wang ke akaun banknya.

IKLAN

Saya pindahkan RM50 ke akaun Maybank atas nama Shikin. Dia kelihatan ragu-ragu dan sebut, ‘Cukup ke?’ sambil memandang skrin telefon saya. Saya mula rasa tak sedap hati, tapi teruskan sahaja.- Katanya.

Suami pula kena dengan wanita sama…

Namun, selepas pemindahan dilakukan, Shikin tidak lagi membalas mesej WhatsApp. Dua hari kemudian, suami Aireen juga dihampiri wanita sama dengan alasan yang serupa di lokasi yang sama.

Suami Aireen segera menghubunginya untuk memastikan wanita itu adalah Shikin yang sama, dan memang benar.

Shikin terkesima dan enggan melihat saya. Saya minta suami ambil gambar sebagai bukti.- Jelas Aireen.

Rupanya, Shikin sudah lama melakukan penipuan ini, malah Aireen mendedahkan kakak iparnya juga pernah menjadi mangsa di pasar raya Giant Taman Permata beberapa bulan sebelum itu.

Di ruang komen media sosial, ramai lagi yang berkongsi pengalaman serupa, menandakan Shikin sudah lama ‘mengumpul’ wang dari orang ramai dengan taktik liciknya ini.

Image
Image
Image

Tip untuk Elak Ditipu:

  • Jangan mudah terpengaruh dengan cerita sedih yang memaksa pemindahan wang.
  • Siasat dahulu jika ada keraguan, dan elakkan terus memindahkan wang.
  • Laporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa.

Penipuan ini menjadi peringatan kepada semua untuk lebih waspada dan tidak mudah terpedaya dengan taktik licik seperti ini.

Ohmedia wanita scam budak kecil

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: The Reporter


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas