Connect with us

Oh! Media

Paha Lelaki Adalah Aurat

Umum

Paha Lelaki Adalah Aurat

ADVERTISEMENT
Soalan:
Apakah hukumnya orang lelaki melihat paha lelaki yang lain?
Jawapan:
Tersebut pada Fatwa Majlis Fatwa Baitul Maqdis:
“Melihat kepada paha lelaki itu haram hukumnya. Inilah pendapat ulama’-ulama’ mazhab Syafie dan Hanafi dan yang kuat di sisi Imam Ahmad dan dengannya berkata Imam Malik dan jumhur ulamak mazhab Maliki. 
Dan berkata dengan haram juga oleh Ibnu Qudamah dan Al-Qurtubi dan Syaukani. Dan dari kalangan ulama’ mutaakhirin ialah Dr Abdul Karim Zaidan dan Syeikh Abdullah ‘Alwan dan Syeikh Al-Jazairy dan lain dari mereka itu.
Dalil-dalil Hadith Sahih Yang Jelas :
1. Rasulullah saw bersabda : 

ما تحت السرة إلى الركبة عورة 
“Anggota yang dibawah pusat hingga ke lutut itu ialah aurat.” (Hadith Ahmad & Ad-Daruqutni)
2. Rasulullah saw bersabda :

 إذا أنكح أحدكم عبده أو أجيرة ¡ فلا ينظرن إلى شيء من عورته فان أسفل من سرته إلى ركبته من عورته
“Apabila seorang kamu menikahkan hambanya maka jangan melihat kepada suatu dari auratnya. Maka sungguhnya anggota dari pusatnya hingga lututnya ialah termasuk auratnya.” (Hadith Ahmad & Abu Daud)
3. Rasulullah saw bersabda :

 يا علي لا تبرز فخذك ولا تنظر إلى فخذ حي ولا ميت
“Wahai Ali. Jangan engkau buka paha engkau dan jangan engkau lihat paha orang yang hidup dan yang mati.” (Hadith Abu Daud)
4. Sabda Nabi saw :

الفخذ عورة
“Bermula paha itu aurat.” (Hadith Tirmidzi)
5. Sabda Nabi saw :

غط فخذك فإن الفخذ عورة
“Tutuplah pahamu maka bahawasanya paha itu aurat.” (Hadith Al-Hakim)
6. Rasulullah saw bersabda :

 ما بين السرة والركبة عورة
“Barang yang antara pusat sampai ke lutut itu aurat.” (Hadith Al-Hakim)
7. Rasulullah saw bersabda :

فخذ المرء المسلم من عورته
“Bermula paha seorang lelaki Muslim itu termasuk aurat.” (Hadith At-Tabarani)
8. Sabda Rasulullah saw kepada Jarhad r.a. :

 يا جرهد غط فخذك فإن الفخذ عورة
“Wahai Jarhad. Tutuplah pahamu maka bahawasanya paha itu ialah aurat.” (Hadith Ahmad, Abu Daud & Ibnu Hibban)
Wallahua’lam
Sumber:
المجلس الإسلامي للإفتاء

+ Ustaz Azhar Idrus (Original)
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas