Connect with us

Oh! Media

Nilai Safawi Rasid Dianggarkan Tidak Kurang RM8 Juta?

Trending

Nilai Safawi Rasid Dianggarkan Tidak Kurang RM8 Juta?

Malam ni Ohmedia tertarik nak kongsikan tentang seorang penyerang boleasepak sensasi iaitu Safawi Rasid. Banyak betul berita pasal Safawi atau Pawi ni sekarang dan antara yang paling hangat dibincangkan apabila tanda harga yang perlu dibayar kelab luar negara bagi mendapatkan penyerang kebangsaan, Safawi Rasid adalah dianggarkan tidak kurang $AS2 juta atau RM8 juta. Wow! Rasanya inilah pemain termahal Malaysia.

ADVERTISEMENT

Kalau korang nak tahu, anggaran kasar ni telah dikeluarkan oleh beberapa ejen berdaftar yang ingin melihat berapa jumlah bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) jika ada pasukan luar negara yang ingin mendapat khidmatnya.

Anggaran ini juga dinilai dari persembahan cemerlang yang dipamerkan Pawi ketika beraksi bersama JDT dalam saingan Liga Juara-Juara Asia dan skuad kebangsaan.

Sebenarnya nilai Safawi di atas tangan JDT sepenuhnya. Selaku ejen, saya melihat nilai Safawi dalam lingkungan $AS2 juta yang saya kira sangat mahal bagi seorang pemain yang beraksi di Liga Malaysia. Bagi saya sebaik-baiknya biar mula dari Liga Jepun kerana kebanyakan ‘scouting’ berada di negara itu sebelum di bawa ke Eropah. Lagipun, Liga Jepun menjalinkan kerjasama dengan kelab Jerman dan sebab itu kita lihat ramai pemain Jepun beraksi di Bundesliga. Lagipun, Liga Jepun menjalinkan kerjasama dengan kelab Jerman dan sebab itu kita lihat ramai pemain Jepun beraksi di Bundesliga. – Kata Pengarah Urusan Offside Sports, Abdul Halim Abdul Shukor.

Anggaran RM8 juta Pawi ini juga turut disokong oleh seorang lagi ejen tempatan iaitu Syed Qamarul Firdaus. Syed yang mengusahakan I One Sports Agency Sdn Bhd menjelaskan, Safawi mempunyai potensi besar untuk beraksi di luar negara seperti mana yang disuarakan bekas legenda Liverpool, Jamie Redknapp.




OHMEDIA: INI ADALAH SATU PERKEMBANGAN YANG POSITIF DALAM ARENA BOLA SEPAK NEGARA DAN DIHARAPKAN LEBIH BANYAK LAGI BAKAT YANG AKAN DIBAWA DAN DIGILAP BAGI MEMASTIKAN KITA TERUS MENCIPTA KEJAYAAN DI PERINGKAT ANTARABANGSA.

Sumber: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang minat Pawi di facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas