Connect with us

Oh! Media

Nabi Adam Telah Mengenali Nabi Muhammad?

Umum

Nabi Adam Telah Mengenali Nabi Muhammad?

ADVERTISEMENT
Soal :
Benarkah kisah yang menyatakan bahawa ketika Nabi Adam a.s. di syurga baginda telah mengenali Rasulullah saw? Bukankah ketika ini Rasulullah saw belum lagi dilahirkan?
Jawab :
Terdapat beberapa hadith yang meriwayatkan kisah tersebut. Antaranya ialah hadith riwayat Imam Al-Hakim.
Diriwayatkan dari Umar Al-Khattab r.a. katanya : Rasulullah saw bersabda :
لما اقترف آدم الخطيئة قال: يا رب أسألك بحق محمد لما غفرت لي.
فقال الله: يا آدم، وكيف عرفت محمدا ولم أخلقه؟
قال: يا رب، لأنك لما خلقتني بيدك، ونفخت في من روحك، رفعت رأسي، فرأيت على قوائم العرش مكتوبا: لا إله إلا الله، محمد رسول الله، فعلمت أنك لم تضف إلى اسمك إلا أحب الخلق إليك.فقال الله: صدقت يا آدم، إنه لأحب الخلق إلي، ادعني بحقه، فقد غفرت لك، ولولا محمد ما خلقتك
“Ketika Nabi Adam a.s. telah mengakui kesilapannya, baginda berkata : Wahai Tuhanku. Aku minta akan Engkau dengan kebenaran Muhammad bahawa Engkau maafkan kesilapanku.
Firman Allah : Wahai Adam. Bagaimana kamu mengenali Muhammad padahal Aku belum lagi menciptanya?
Jawab Adam : Wahai Tuhanku. Sungguhnya ketika Engkau mencipta aku dengan kuasa-Mu dan Engkau tiup ruh ke dalam jasad, telah aku angkat kepalaku lalu kemudian aku telah melihat pada atas tiang-tiang Arasy ada tertulis : La ilaha illallah Muhammad Rasulullah. Maka tahulah aku bahawa tidaklah Engkau sandarkan serta nama-Mu melainkan makhluk yang sangat Engkau kasih.
Firman Allah : Benar engkau wahai Adam. Sungguhnya ia adalah sekasih-kasih makhluk kepada-Ku. Mintalah akan Aku dengan kebenarannya. Maka sungguh telah Aku maafkan akan kamu. Sungguh jika bukan kerana Muhammad maka tiada Aku menciptamu.”
Hadith riwayat Imam Al-Hakim dalam kitab Al-Mustadrak dan beliau mengsahihkan hadith ini.
Al-Imam Al-Hafiz As-Suyuthi meriwayatkan hadith ini dalam kitab Al-Khasaisu An-Nubuwwah dan mengsahihkannya. 
Al-Hafiz Imam Qastalani dan Imam Zarqani juga mengsahihkannya dalam kitab Al-Mawahibul Laduniyah dan Imam As-Subki pada kitab Syifa as-Saqam.
Manakala Imam Al-Baihaqi mendhaifkannya pada kitab Dalailu An-Nubuwwah begitu juga dengan Abu Daud dan Abi Hatim.
Wallahua’lam

+ Ustaz Azhar Idrus (Original)

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas