Connect with us

MU Sudah Mula Tunjuk Taring, Bruno Fernandes Beraksi Seperti Avengers

Oh! Tidak

MU Sudah Mula Tunjuk Taring, Bruno Fernandes Beraksi Seperti Avengers

Manchester United akhirnya memanfaatkan peluang beraksi di tempat sendiri selepas berjaya menewaskan Watford 3-0 di saingan Liga Perdana Inggeris semalam. Aksi menakjubkan dari pemain baru MU, Bruno Fernandes mencuri tumpuan selepas berjaya menjaringkan satu gol dan memberi satu bantuan gol seterusnya menjadikan beliau sebagai Man Of The Match dalam perlawanan ini.


Tuan rumah membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti yang diambil oleh Bruno Fernandes pada minit ke-42 selepas beliau sendiri dijatuhkan di dalam kotak penalti. Bersambung separuh masa kedua Watford berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-52 namun jaringan tersebut dibatalkan pengadil melalui keputusan VAR kerana bola terkena tangan Hughes. Enam minit kemudian giliran Anthony Martial pula menyumbat gol kedua MU selepas menerima hantaran dari Bruno Fernandes.


Pemain muda yang sedang meningkat naik, Mason Grenwood memastikan kemenangan bergaya MU selepas mencetak gol ketiga pada minit ke-75. MU kini melonjak ke tangga kelima Liga Perdana Inggeris dan memiliki peluang yang cerah untuk ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

OHMEDIA : MANCHESTER UNITED PERLU MENGEKALKAN AKSI SEPERTI INI UNTUK PERLAWANAN SETERUSNYA

+ Baca respon pembaca yang sudah mula lihat Taring MU di Facebook Oh! Media

Selain menulis, Nizar juga merupakan seorang pelakon & pengacara. Beliau juga sebahagian dari team yang menjalankan media sosial bagi penjenamaan Oh! Media ini.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

To Top