Oh! Negara

Mat Sabu Sedih Melihat PAS Bersama UMNO

Published on

Mohamad Sabu yang merupakan Presiden Parti Amanah Negara hari ini mununjukkakn rasa sedinya apabila melihat kebanyakan markas PAS di sekitar Kedah kini digunakan bersama UMNO yang dahulunya musuh kuat parti itu.

Mohamad Sabu yang dahulunya merupakan timbalan presiden PAS turut berkongsi yang dahulunya beliau bersama kepimpinan parti selalu berceramah bagi memungut derma bagi membinanya sebagai pusat tarbiah rakyat.

“Alhamdulillah, walaupun kami tidak lagi bersama dengan parti tersebut, kami reda markas-markas ini terus dihidupkan.

“Tetapi sebulan dua ini agak sedih bila ia digunakan bersama UMNO yang kami lawan dahulu, termasuklah membawa ‘Bossku’ yang terpalit dengan kes rasuah terbesar di abad ini ke markas yang dibina dengan wang rakyat,” katanya.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



Comments

Exit mobile version