Connect with us

Oh! Media

Faizal Hussein Takut Ada Gadis Seberang Mesej Nak Jadi ‘Isteri Batin’

faizal hussein

Oh! Artis

Faizal Hussein Takut Ada Gadis Seberang Mesej Nak Jadi ‘Isteri Batin’

Nama Faizal Hussein menjadi semakin popular hingga ke nagara seberang, Indonesia selepas muncul dengan watak ‘Walid’ dalam drama Bidaah.

Bukan main-main, pelakon legenda ni sampai terima mesej pujian daripada penonton muda Indonesia, majoritinya Gen Z.

IKLAN

Saya rasa generasi Z Indonesia menghargai bakat dan lakonan. Rata-rata yang mesej saya semuanya muda. Mereka punya komen juga tertumpu kepada lakonan. Saya dapat lihat mereka menilai bakat lakonan dengan ikhlas.- Kongsinya.

Faizal yang sudahpun berusia 57 tahun itu bagaimanapun mula rasa tak sedap hati bila ada yang mula melebih-lebih.

Mesej Faizal Hussein, nak jadi ‘isteri batin’…

Faizal berkongsi, ada wanita muda yang sanggup DM dia untuk jadi ‘isteri batin’, sama macam dalam watak Walid tu. Ah sudah!

Masalahnya yang mesej ini wanita muda, anak dara… Mereka yang kacau mahu jadi ‘isteri batin’ macam watak Walid.

Mula-mula dia fikir gurauan je, tapi bila mereka panggil nama sebenar dia dan bukan lagi ‘Walid’, Faizal mula rasa cuak.

Awal-awal cuak, tapi sekarang saya gelak sahaja. Pada saya kalau saya tidak layan, tidak akan terjadi apa-apa. Pelik, saya sudah sebaya atuk mereka pun mahu ganggu.- Tambahnya.

Anak pun terkena tempias populariti…

Tak cukup dengan Faizal, anak-anak dia pun kena ‘serang’! Bila netizen mula korek video lama dan jumpa TikTok anak-anak dia, terus jadi perhatian pulak.

Anak perempuannya rilek je, tapi anak lelaki baru Tingkatan 5 tu, katanya masih tak berapa sporting nak layan semua ni.

Platform OTT angkat drama tempatan…

Faizal bagaimanapun meluahkan rasa bersyukur sebab platform macam Viu dapat bantu drama Malaysia sampai ke luar negara. Katanya, kita dah lama hasilkan karya berkualiti, cuma kurang pendedahan je.

Dengan adanya platform seperti Viu, khalayak luar negara juga boleh mempunyai akses terhadap produk Malaysia.- Katanya lagi.

#ApaKataOhmedia

Lakonan padu Faizal Hussein dalam drama Bidaah bukan je buat rakyat Malaysia terkesan, malah berjaya menembusi hati penonton Indonesia!

Tapi, bila watak jadi terlalu hidup sampai orang mesej nak jadi ‘isteri batin’, tu dah luar biasa. Ohmedia rasa ini bukti bahawa seni lakonan masih punya kuasa luar biasa untuk mencuri hati. Cuma, korang… jangan sampai lupa, itu semua hanya watak semata-mata ya!

Kredit: Utusan
Baca reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Di Youtube

Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas