Connect with us

Oh! Media

Iddah Talak Bertindih Iddah Wafat

Umum

Iddah Talak Bertindih Iddah Wafat

SOALAN:
Seorang isteri telah bercerai dengan suaminya tetapi sebelum lagi selesai iddahnya, suaminya itu telah meninggal dunia. Bagaimanakah cara mengira iddahnya? Adakah iddah cerai hidup atau iddah cerai mati?

ADVERTISEMENT

JAWAPAN:
Jika isteri sedang beriddah degan iddah raj’ie lalu mati suaminya, maka bertukarlah iddahnya kepada iddah wafat pula, iaitu dari 3 kali suci kepada 4 bulan 10 hari.

Jawapan dari Majlis Fatwa Mesir:

إذا طلق الرجل زوجته طلاقًا رجعيًّا ثم مات وهي في العدة سقطت عنها عدة الطلاق واستأنفت عدة الوفاة أربعة أشهر وعشرًا من وقت الوفاة؛ لأن المطلقة الرجعية زوجة ما دامت في العدة
“Apabila seorang suami mentalak akan isterinya dengan talak raj’ie kemudian mati suami itu dan isterinya masih dalam iddah maka gugurlah dari isterinya itu iddah talak dan bermula iddah wafat iaitu 4 bulan 10 hari dari waktu mati. Ini adalah kerana isteri yang ditalak dengan talak raj’ie adalah masih seorang isteri selama dia berada dalam masa iddah.”

Berkata Imam Nawawi:

وَلَوْ مَاتَ الزَّوْجُ وَالْمَرْأَةُ فِي عِدَّةِ طَلاقِهِ، فَإِنْ كَانَتْ رَجْعِيَّةً سَقَطَتْ عَنْهَا عِدَّةُ الطَّلاقِ وَانْتَقَلَتْ إِلَى عِدَّةِ الْوَفَاةِ حَتَّى يَلْزَمهَا الإِحْدَادُ، وَلا تَسْتَحِقُّ النَّفَقَةَ، وَإِنْ كَانَتْ بَائِنًا أَكْمَلَتْ عِدَّةَ الطَّلاقِ، وَلَهَا النَّفَقَةُ إِذَا كَانَتْ حَامِلاً
“Dan jikalau suami mati sedangkan isterinya berada dalam iddahnya, maka jika dalam talak raj’ie maka gugurlah dari isteri itu iddah talak dan berpindahlah iddah talak itu kepada iddah wafat sehingga wajib atasnya berkabung dan tidak wajib atasnya nafkah.

Dan jika adalah iddahnya itu bain nescaya hendaklah isteri tersebut menyelesaikan iddah talak dan baginya ada nafkah apabila dia sedang hamil.” (Kitab Raudhah At-Tholibin)

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media


Oh! Youtube


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas