Connect with us

Oh! Media

Hukum Mencium Tangan Ketika Bersalaman

Umum

Hukum Mencium Tangan Ketika Bersalaman

SOALAN:
Apakah hukumnya seorang itu mencium tangan seseorang yang lain seperti ibu bapa dan ulama’ dan dan seumpama mereka itu dari orang-orang yang mempunyai kemuliaan di sisi agama? Dan bolehkah mencium tangan pemimpin yang fasiq atau ahli maksiat atau orang kaya?

ADVERTISEMENT

JAWAPAN:
Harus hukumnya mencium tangan dua ibu bapa atau suami atau nenek moyang atau saudara mara atau orang soleh atau para ulama’ atau yang hafal Quran dan lain dari mereka itu dari kalangan yang mulia di sisi agama dan mempunyai ilmu dan kelebihan.

Diriwayatkan daripada Usamah bin Syarik r.a. berkata dia:

قمنا إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقبَّلنا يد
“Kami telah datang kepada Nabi saw dan kami menicum akan tangan baginda.” (Diriwayatkan oleh Abu Bakr bin Muqri’ pada Bab Cium Tangan dan berkata Al-Hafiz Imam Ibnu Hajar: “Sanadnya Kuat”, Kitab Fathul Baari)

Daripada Tamim bin Salamah katanya:

لَمَّا قَدِمَ عُمَرُ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ الشَّامَ اسْتَقْبَلَهُ أَبُو عُبَيْدَةَ بْنُ الْجَرَّاحِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، فَقَبَّلَ يَدَهُ، ثُمَّ خَلَوْا يَبْكِيَانِ”. قَالَ: فَكَانَ يَقُولُ تَمِيمٌ: “تَقْبِيلُ الْيَدِ سُنَّةٌ
“Tatkala Umar r.a tiba ke negeri Syam, telah mengadap akan beliau oleh Abu Ubaidah bin Jarrah r.a kemudian mencium tangan Umar lalu menangis keduanya.” Kemudian Tamim berkata: “Bermula cium tangan itu satu sunnah.” (Riwayat Al-Baihaqi dalam kitab Sunan Kubra)

Ada pun mencium tangan pemimpin yang jahat atau fasiq dan ahli bidaah atau ahli maksiat atau orang-orang kaya maka dilarang.

Berkata Imam Nawawi:

يُستحب تقبيل يد الرجل الصالح، والزاهد، والعالم، ونحوهم من أهل الآخرة، وأما تقبيل يده لغناه ودنياه وشوكته ووجاهته عند أهل الدنيا بالدنيا ونحو ذلك فمكروه شديد الكراهة، وقال المتولي: لا يجوز
“Disunatkan mencium tangan orang yang soleh dan yang zuhud dan yang alim dan seumpama mereka itu dari kalangan ahli akhirat. Dan adapun mencium tangan seseorang kerana kayanya dan kerana dunianya dan kekuasaannya dan menariknya di sisi ahli dunia dengan keduniaan dan umpama yang demikian itu, maka dibenci dengan sangat-sangat kebencian.” Berkata Imam Mutawali: “Tidak harus ia.” (Kitab Al-Majmu’ jlid 4 m.s. 636)

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media


Oh! Makan


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas