
Oh! Geekz
Google Pixel 10 Bakal Lancar Tak Lama Lagi, Ramai Peminat Yang Tak Sabar!
Berita baik untuk peminat-peminat ‘smartphone’ Google Pixel.
Peranti andalan terbaru dari Google, siri Pixel 10 dikatakan bakal diumumkan secara rasmi pada 13 Ogos 2025 sekaligus menolak khabar angin yang mendakwa pelancaran akan berlaku lebih awal.
Menurut laporan Fuzz.my, terdapat juga pendedahan mengenai spesifikasi menarik yang pasti buat peminat teknologi tak sabar menantikan kehadirannya!
Google Pixel 10 guna cip Tensor G5

Antara ciri utama yang bakal diperkenalkan ialah cip Tensor G5, yang kali ini dibina oleh TSMC dan bukannya Samsung. Ini sekaligus menjanjikan prestasi lebih mantap dan kurang isu kepanasan.
Bukan itu sahaja, Pixel 10 juga dijangka hadir dengan modem baru dari MediaTek yang menyokong sambungan satelit, serta PWM dimming lebih tinggi dan sangat berguna untuk mengurangkan keletihan mata ketika penggunaan lama.
Masih awal, tapi ramai dah tak sabar!

Walaupun masih belum diumumkan secara rasmi oleh Google, desas-desus ini membuatkan ramai peminat Android dan pengguna Pixel tak sabar nak tahu lebih lanjut mengenai peranti penuh inovasi ini.
