Connect with us

Oh! Media

Suami Tak Bayar Nafkah Dengan Alasan Isteri Bekerja, Ustaz Azhar Jelaskan Hukumnya

Ohmedia azhar Idrus

Oh! Islam

Suami Tak Bayar Nafkah Dengan Alasan Isteri Bekerja, Ustaz Azhar Jelaskan Hukumnya

Isu nafkah dalam rumah tangga bukan satu perkara yang boleh dibuat main. Nafkah yang wajib adalah keperluan asas yang disenaraikan oleh ulama iaitu makanan, barang dapur, pakaian, tempat tinggal, alat mandian dan pembantu jika suami berkemampuan.

Tapi ada pula isu di mana suami culas menunaikan nafkah dengan alasan isteri bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri.

Suami beri alasan isteri ada duit sendiri

Penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus tampil memberi penjelasan tentang perkara tersebut. Menurut Ustaz Azhar, tanggungjawab memberi nafkah tetap wajib dipikul suami walaupun isteri ada pendapatan sendiri.

IKLAN

Jelas beliau, Islam meletakkan pemberian nafkah sebagai salah satu kewajipan suami terhadap isterinya dan tidak boleh sesekali dianggap gugur walaupun isteri berstatus jutawan.

Seorang suami wajib beri nafkah makan minum, tempat tinggal, pakaian sampai mati walaupun isteri dia tu jutawan. Jangan main-main, isteri tak wajib keluar satu sen pun dalam hal rumahtangga. Ingat suami sengaja tak bagi, maka jadi hutang sampai mati.

Tambah Ustaz Azhar lagi, isteri yang bekerja bukan bermaksud suami boleh lepas tangan soal malah jika suami gagal melaksanakan tanggungjawab tersebut, suami dianggap berhutang ke akhir hayat.

Menurut ustaz lagi, sebaik-baik suami adalah suami yang berbuat kebaikan kepada isterinya sendiri.

Pssttt! Walaupun isteri berkemampuan, suami wajib menunaikan tanggungjawab yang sudah diamanahkan. Janganlah lepas tangan disebabkan isteri berpendapatan tinggi. Harap jelas ya para suami!

Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
arini
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas