Connect with us

Oh! Media

Isteri Fikry Ibrahim Tunduk Sayu Di Mahkamah, Peguam Dedah Sebab Fail Cerai

Isteri Fikry Ibrahim

Trending

Isteri Fikry Ibrahim Tunduk Sayu Di Mahkamah, Peguam Dedah Sebab Fail Cerai

Isteri Fikry Ibrahim tunduk sayu di mahkamah syariah selepas fail cerai, mohon maaf enggan beri komen.

Isteri kepada pelakon dan pengacara terkenal, Fikry Ibrahim iaitu Siti Khalizah Alihan kelihatan tunduk dan sayu selepas selesai perbicaraan kes cerai yang difailkannya di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Khamis lepas.

Menurut laporan mStar, Khalizah memilih untuk berdiam diri dan hanya sempat memohon maaf kerana belum bersedia memberi kenyataan.

Saya minta maaf. Saya tidak boleh nak beri apa-apa komen sekarang.

Peguam sahkan tiada lagi persefahaman

Fikry Ibrahim

Menurut peguam syarie yang mewakili Khalizah, Wan Muhammad Afiq Mohd Razib, permohonan cerai difailkan kerana sudah tiada persefahaman antara pasangan tersebut.

IKLAN

Pihak defendan sudah terima surat permohonan cerai daripada pihak kami.

Namun begitu, jelas beliau lagi, Khalizah masih memberikan ruang kepada Fikry untuk berdamai walaupun proses cerai telah pun dimulakan sejak sebulan lalu.

Fikry Ibrahim ‘membisu’, tak jawab panggilan media

Fikry Ibrahim

Dalam pada itu, usaha media untuk mendapatkan respon daripada Fikry tidak berjaya apabila pelakon tersebut langsung tidak menjawab sebarang panggilan.

Kes pasangan ini akan disambung semula untuk sebutan kedua pada 10 September depan.

Pssttt! Setiap hubungan pasti diuji. Semoga apa jua keputusan dibuat dengan hati tenang dan fikiran matang, demi kebahagiaan kedua-dua belah pihak.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas