Connect with us

Oh! Media

Hukum Berzikir Dalam Keadaan Junub

Umum

Hukum Berzikir Dalam Keadaan Junub

SOALAN:
Adakah harus bertasbih dan berzikir dalam keadaan junub?

JAWAPAN:
Harus bagi seorang itu disisi syarak berzikir akan Allah Taala sekalipun dia dalam keadaan junub dari kerana perintah berzikir itu datang secara mutlak dan menunjuk atas harus berzikir pada apa keadaan pun seorang itu.

Firman Allah Taala:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللهَ ذِكْرًا كَثِيرًا ۞ وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلًا
“Wahai orang yang beriman zikirlah kamu sekalian akan Allah dengan zikir yang banyak. Dan bertasbihlah akan Dia pada pagi dan petang.” (Al-Ahzab : 41-42)

Dan firman-Nya:

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِأُولِي الْأَلْبَابِ ۞ الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
“Sesungguhnya pada penciptaan segala langit dan bumi dan perselisihan malam dengan siang itu menjadi tanda bagi orang yang mempunyai mata hati. Orang-orang yang berzikir akan Allah ketika berdiri dan duduk dan berbaring dan memikirkan pada penciptaan segala langit dan bumi. Wahai Tuhan kami tidaklah Engkau cipta semua ini sia-sia. Maha suci Engkau maka peliharalah kami dari azab neraka.” (Al-Imran: 190-191)

Dan adalah Nabi saw sentiasa berzikir akan Allah pada setiap geraknya dan diamnya dan pada sekalian hal kelakuannya.

Diriwayatkan dari Aisyah r.a. berkata:

كان رسولُ الله صلى الله عليه وآله وسلم يذكرُ الله عزَّ وجلَّ على كلِّ أحيَانه
“Adalah Rasululllah saw berzikir akan Allah Azza Wa Jal atas semua hal dan keadaan.” (Hadith riwayat Muslim)

Berkata Imam Nawawi:

أجمع العلماءُ على جواز الذكر بالقلب واللسان للمُحْدِث والجُنب والحائض والنفساء، وذلك في التسبيح والتهليل والتحميد والتكبير والصلاة على رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم والدعاء وغير ذلك
“Telah ijma’ sekalian ulama’ harus berzikir dengan hati dan lisan bagi orang yang berhadas kecil dan yang junub dan perempuan yang haidh dan nifas. Dan yang demikian itu ialah pada ucapan tasbih dan tahlil dan tahmid dan takbir dan selawat atas Nabi saw dan berdoa dan lainnya.” (Kitab Al-Azkaar)

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media


Oh! Makan


Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Mencipta Oh! Media sejak dari dalam perut mak lagi. Hi Awak!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Trending

To Top