Connect with us

Oh! Media

Hukum Bercakap Ketika Mengambil Wuduk

Umum

Hukum Bercakap Ketika Mengambil Wuduk

SOALAN

Ohmedia dapat rasakan ada di antara kita yang mengalami situasi nama dipanggil ketika sedang mengambil wuduk. Antaranya ketika kita sedang mengambil wuduk dalam bilik mandi dan ada orang yang mengetuk pintu sambil memanggil nama sehingga membuatkan kita balas semula kata-katanya. Jadi, apakah hukum bercakap atau berbual ketika mengambil wuduk?

ADVERTISEMENT

JAWAPAN 

Hukum bercakap ketika sedang mengambil wuduk adalah makruh jika tiada hajat dan wuduknya itu sah maka disunatkan seorang itu meninggalkan bercakap dan berbual ketika mengambil wuduk.

Ada pun jika bercakap kerana hajat maka hukumnya adalah harus tidak makruh.

Berkata Syeikh Ibnu Hajar pada kitab Minhajul Qawwim :

ŁˆŲ£Ł† لا ŁŠŲŖŁƒŁ„Ł… في Ų¬Ł…ŁŠŲ¹ ŁˆŲ¶ŁˆŲ¦Ł‡


Artinya : ā€œDan sunat bahawa tidak berkata-kata pada sekelian wuduknya.ā€

Dan tersebut pada kitab I’anah At-Talibin :

(Ł‚ŁˆŁ„Ł‡: وترك ŲŖŁƒŁ„Ł…) أي ŁˆŁŠŲ³Ł† ترك ŲŖŁƒŁ„Ł…. (Ł‚ŁˆŁ„Ł‡: في أثناؔ ŁˆŲ¶ŁˆŲ¦Ł‡) أي في خلال ŁˆŲ¶ŁˆŲ¦Ł‡
Ł‚ŁˆŁ„Ł‡: بلا Ų­Ų§Ų¬Ų©) أي بلا احتياج Ł„Ł„ŁƒŁ„Ų§Ł…ŲŒ أما معها ŁƒŲ£Ł…Ų± ŲØŁ…Ų¹Ų±ŁˆŁ ŁˆŁ†Ł‡ŁŠ عن Ł…Ł†ŁƒŲ± فلا ŁŠŲŖŲ±ŁƒŁ‡ŲŒ ŲØŁ„ قد يجب Ų§Ł„ŁƒŁ„Ų§Ł…ŲŒ ŁƒŁ…Ų§ Ų„Ų°Ų§ رأى Ł†Ų­Łˆ أعمى ŁŠŁ‚Ų¹ في ŲØŲ¦Ų±


Artinya ā€œ Maksud meninggalkan berkata-kata itu ialah disunatkan meninggalkan bercakap pada ketika sedang mengambil wuduk.

Dan maksud tanpa hajat itu ialah bercakap tanpa keperluan.

Ada pun bercakap kerana ada keperluan seperti menyuruh perkara ma’ruf dan mencegah kemungkaran maka jangan meninggalkannya bahkan terkadang wajib seperti apabila orang yang sedang berwuduk melihat orang buta yang berjalan menuju ke perigi.ā€


Kesimpulan

Bercakap atau berbual ketika berwuduk itu makruh dan tidak haram tetapi meninggalkan bercakap ketika wuduk itu adalah adab yang baik.

Jika ada keperluan maka harus bercakap ketika berwuduk.

Wallahua’lam

Kredit: Ustaz Azhar Idrus

Comments

Lagi dalam kategori Umum

30 Hari Paling Trending

Ke Atas