Connect with us

Oh! Media

Angkatan Tentera Malaysia Mungkin Akan Dikerah Untuk Jayakan Perintah Kawalan Pergerakan

Trending

Angkatan Tentera Malaysia Mungkin Akan Dikerah Untuk Jayakan Perintah Kawalan Pergerakan

Hari ini merupakan hari kedua rakyat Malaysia dalam arahan Perintah Kawalan Pergerakan dan melihat dari apa yang berlaku pada ketika ini, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak menolak kemungkinan yang Angkatan Tentera Malaysia akan dikerah bagi membantu pihak polis dalam memastikan perintah ini dapat dijayakan sebaiknya.

ADVERTISEMENT

Apa yang menyedihkan, sebelum ini kita dapat melihat yang ada segelintir netizen masih tidak mengendahkan perintah ini dan bebas untuk melepak dan berkumpul di khalayak ramai yang hanya mementingkan diri.

Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut telah membuat satu lagi pengumuman dan merayu kepada rakyat Malaysia untuk kekal berada di dalam rumah dan hanya keluar untuk mendapatkan bekalan harian sahaja apabila perlu.

Walaubagaimanapun, sebentar tadi Ohmedia juga ada kongsikan keadaan terkini di pasaraya yang dilihat sudah tidak menghadapi ‘panic buying’.




Sumber: Bernama TV

+ Baca respon pembaca ATM mungkin terlibat dalam kawalan di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas