Trending
Yeay Dah Boleh Raya! Ini Senarai Iklan Raya WAJIB Tonton 2022. Korang Suka Yang Mana?
Oleh
“Pejam celik…Pejam celik hari raya dah nak tiba….”
Lain sungguh rasa kemeriahan raya tahun ni, mana tidaknya selepas dua tahun beraya mengikut SOP akhirnya tahun kita bebas meraikannya. Paling dinanti mestilah nak balik beraya kan?
Tapi ada satu lagi benda yang sentiasa dinanti setiap tahun. Apa lagi kalau bukan iklan raya. Jom kami nak kongsikan senarai iklan raya yang berjaya menarik perhatian Oh! Media tahun ni.
Vochelle- Saat Manis Ramadan
Jika iklan Vochelle sebelum ni memaparkan permulaan bibit cinta antara Ah Seng dan Sabrina. Pasangan ni dah sambut puasa bersama. Jealousnya!
Kali ni, Sabrina dalam misi nak buat kuih raya legend untuk kawan-kawan dan boyfriend dia. Tapi sesuatu terjadi… Adakah peristiwa ni bakal mengubah perhubungan Sabrina dan kawan-kawan dia?
Watsons- Gaya Raya Luar Biasa
Orang kata kalau tak havoc, bukan Watsonslah! Haaa.. Kali ni, sampai ke bulan ke Watsons bawa kita beraya. Ada kereta terbang, polis virtual nak beli barang pun boleh teleport je. Memang power!
Paling menarik Ayda Jebat siap bawa kucing dia, si Unik balik beraya tau. Korang mampu?!
Safi- Raya Kau Hijau 2.0
Kalau raya tahun lepas, Ayu sakan gaduh dengan Kai, jiran kacak sebelah rumah. Tahun ni, dah jadi pasangan pun, tapi ada plot twist lagi best, Anggun adik si Ayu ni, perangai sama macam Ayu, cepat sangat buat konklusi tanpa usul periksa. Tau-tau sendiri yang malu…
Nak tau apa jadi, tonton sendiri. Kalau tak tengok, korang hijau!
Gamuda Land-Rezekey Raya
Kalau kita selalu rasanya diri kita susah, lihat sekeliling kita dahulu. Sebenarnya ada mereka yang lebih susah daripada kita. Tahun ni, Gamuda Land berkongsikan keindahan disebalik rezeki yang dikongsi, bagaimana di sebalik rezeki kita ada rezeki untuk orang lain.
Saji- Raya Dulu-Dulu
Apa yang best dengan raya dulu- dulu? Kemeriahannya atau memori kita semasa kecil? Walau apa alasannya, kenikmatan raya pasti dapat dirasai, andai kita raikannya bersama mereka yang tersayang.
S P Setia- Mengejar Pahala
Bulan Ramadan ni, ramai yang berlumba-lumba membuat amal jariah untuk mengejar pahala. Ada yang memilih untuk menunjukkan amal yang dibuat dan ada yang lebih suka buat kebaikan secara tersembunyi.
Apa jua cara yang dipilih, lakukannya dengan hati yang ikhlas supaya kita mendapat ganjaran pahala yang setimpal.
Lim Tayar- Misi Balik Kampung Safely
Setiap daripada kita pasti mempunyai kenangan pulang ke kampung menyambut hari raya. Seperti Zati, kenangan bersama bapanya paling sukar dilupakan, daripada topik perbualan sehingga setiap kebaikan yang ditunjukkan bapanya, menjadi pengajaran berguna buat dirinya.
Sunway- Seri Cahaya Aidilfitri
Tak ada elektrik di pagi raya? Boleh spoil mood weyh! Tapi nasib baik ada si genius Aida yang menyelamatkan keadaan. Bagus kecil-kecil dah berfikiran jauh, kalau Aida takde mesti tak meriah raya!
Digi- Alunan Hati
Sesibuk mana kita dalam bekerja, jangan pernah dilupa mereka yang merindui kita. Alunan Hati membawakan mesej bermakna seorang ibu yang merindui kepulangan anak tersayang. Ni dah boleh pulang beraya, korang jangan lupa balik kampung tau.
RHB- Sama, Bersama
Iklan raya RHB kali ni lain sikit, membawakan mesej kebersamaan di sebalik perbezaan, yang sering kita rasakan sebagai halangan. Iklan ini diangkat dari kisah sebenar Arissa Jemaima Ikram Ismail pengasas pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
foodpanda- Fobia Di Hari Raya
Tahun ni dah boleh balik beraya, korang dah ready ke nak jawab soalan panas saudara-mara? Haa..kalau korang pun fobia nak raya macam Yana, layan dulu video raya dari foodpanda.
Spritzer- Iklan Raya Paling Berseri
Korang ada tak sedara yang perangai macam si Vivi ni, bila balik beraya dialah paling nak show-off. Dari beg sampailah nak ambil OOTD, kalau boleh semua spotlight pada dia. Tapi bila kena menu paling berseri, baru dia tau siapa lagi WOW!
Maxis- Last Kopek
Kisah buskers kelaianan upaya yang menyayat hati dalam Last Kopek. Saksikan bagaimana persahatan mereka teruji apabila masing-masing ingin membawa haluan baru.
Grab- Hari Raya Jimat Epik
Lepas 2 tahun tak dapat beraya. Nampaknya masing-masing tak nak kalah sambut raya paling epik. Tapi bapaknya pula nak berjimat. Macam mana pula ni?!
Julie’s- Ini Iklan Raya baru, tau!
Korang ingat senang ke nak buat iklan raya? Haaa.. Tahun ni Tuan Direktor sekali lagi pening. Tak habis-habis “Ini Iklan Raya baru, tau?”. Tengoklah sendiri jadi ke tidak iklan raya dia tahun ni!
Mana satu pilihan iklan pilihan korang? Jangan lupa tinggalkan pendapat korang kat ruangan komen ya.
Oh! Media nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.
Penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media. Menyampaikan artikel pemasaran dalam bentuk santai dan infomatif.