Trending
Warga Emas Dapat Bantuan Motosikal Baru, Pernah ‘Viral’ Ubah Suai Basikal Demi Keselesaan Anak
Terdahulu, pernah tular kisah seorang bapa yang juga merupakan seorang warga emas sanggup mengayuh basikal untuk mengambil anaknya dari sekolah.
Apa yang membuatkan kisah ini tular di media sosial kerana, basikal itu sudah diubah suai oleh warga emas tersebut yang dikenali sebagai pakcik Basri dengan menyediakan bumbung, tempat bersandar dan dua tong sampah untuk keselesaan anaknya.

Kisah ini telah menarik perhatian seorang pempengaruh di media sosial Adrian Edy, yang berasal dari Sabah. Menerusi akaun TikTok miliknya @adrianedy7, dia telah membuat satu hantaran menunjukkan bahawa dia sudah memberi bantuan sebuah motosikal kepada pakcik tersebut.
Katanya, hadiah motosikal tersebut juga hasil sumbangan daripada rakyat kepada keluarga itu.
Difahamkan, sebelum ini pakcik Basri menghasilkan pendapatan melalui penjualan aiskrim di kampungnya. Dia juga setiap hari telah menghantar dan mengambil anaknya ke sekolah menggunakan basikal tersebut.

Barang-barang yang digunakan untuk mengubah suai basikal itu juga hanya menggunakan barang terpakai.
Bukan sahaja sumbangan motosikal yang diberikan oleh Edy, malah pihaknya juga memberikan bantuan dari segi keperluan asas.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: @adrianedy7
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM