Connect with us

Oh! Media

Viral Wanita Dan Dua Anak Dihalau Dari Rumah, Individu Ini Tampil Perjelas Situasi Dari Ibu Mentua

mentua

Trending

Viral Wanita Dan Dua Anak Dihalau Dari Rumah, Individu Ini Tampil Perjelas Situasi Dari Ibu Mentua

Semalam tular di media sosial kisah seorang ibu dan dua anak yang didakwa dihalau keluar dari rumah. Tak cukup dengan itu, wanita terbabit mendakwa dia sering dipukul oleh suami dan ibu mentuanya.

ADVERTISEMENT

Dia dan dua anak yang menumpang berteduh di LRT Setiawangsa difahamkan mahu pulang ke kampungnya terletak di Kedah.

Susulan isu viral itu, seorang wanita dikenali sebagai Dhia Ain tampil menceritakan situasi daripada ibu mentua pula.

Difahamkan, selepas kisah keluarga terbabit viral, Dhia Ain bergegas ke LRT Setiawangsa. Di situlah, dia bertemu dengan si ibu mentua dan menjelaskan cerita daripada pihaknya pula.

menantu dihalau

Ibu mentua yang dikenali sebagai Mak Cik Gayah berkata, menantunya ada memberitahu hasrat untuk pulang ke Kedah jam 4.30 petang hari kejadian.

Katanya, ini bukan kali pertama kerana sebelum ini menantunya pernah lari dari rumah untuk balik ke Kedah. Selepas sebulan atau dua bulan, menantu akan pulang semula ke Kuala Lumpur.

Menurut Mak Cik Gayah lagi, mereka sebenarnya mempunyai 5 orang anak. Lagi tiga orang anak yang masih kecil dan menyusu ditinggalkan bersama suami yang merupakan orang kurang upaya (sebelah kaki dipotong akibat kencing manis).

Difahamkan, Mak Cik Gayah ke LRT mahu membawa menantu dan cucu pulang tetapi mereka sudah tiada di situ.

mentua halau

Mak Cik Gaya dipercayai sudah membuat laporan polis kerana menantunya masih belum berjaya dikesan. Katanya lagi, anak dan menantu kedua-dua tidak bekerja dan mendapat derma daripada masjid.

Dia berharap anak dan cucu dapat dijumpai dalam keadaan selamat.

BACA: Ibu Saudara Tuduh Calarkan Kereta, Halau Keluar 3 Beradik Yatim

Kredit: Facebook Dhia Ain

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas