Connect with us

Oh! Media

(Video) Rider J&T Gigih Peluk Barang Customer Dengan Bawa Motosikal

1dc63084 dfac 4d47 a66e 5c27ad0432e5

Trending

(Video) Rider J&T Gigih Peluk Barang Customer Dengan Bawa Motosikal

Sejak kebelakangan ini, kecoh mengenai servis penghantaran kurier J&T yang mempunyai isu kakitangan mereka yang mencampak parcel sesuka hati sehingga menjadi bualan hangat warganet.

Namun, pihak syarikat sudah memohon maaf dan memberi penjelasan berhubung dengan isu yang terkait dengan syarikat berkenaan.

Walau bagaimanapun, tidak semua cawangan J&T seperti itu kerana masih ada kakitangan yang lain berusaha bersungguh-sungguh untuk bekerja dan menjaga barang-barang customer dengan baik.

IKLAN

Tular satu video pendek di TikTok menerusi akaun @ellamustaffa dimana kelihatan seorang rider J&T gigih membawa barang-barang yang perlu dihantar kepada customer.

Menerusi video berkenaan, kelihatan rider tersebut membawa banyak barang pada bahagian kiri, kanan, depan mahupun belakang bahagian motor yang berpotensi untuk menghalang pandangannya.

Walaupun video itu hanya berdurasi 5 saat tetapi boleh nampak rider tersebut berusaha sebaik mungkin untuk hantar barang customer dengan selamat.

Sehingga jam 5 petang, rider J&T masih lagi bekerja untuk memastikan barang-barang selamat sampai ke tangan customer.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas