Connect with us

Oh! Media

“Kerja Grab 5 Tahun Gila?” – DMA Islam Kecam Pekerjaan Rider Pula

Ohmedia dma islam rider makanan

Oh! Artis

“Kerja Grab 5 Tahun Gila?” – DMA Islam Kecam Pekerjaan Rider Pula

DMA Islam cetus kontroversi selepas tegur pekerjaan rider makanan dianggap tidak beri perkembangan kerjaya dan dihina masyarakat.

Siapa tak kenal DMA Islam, personaliti media sosial yang sering buat konten ‘straight to the point’ sampai kadang-kadang naik darah pendengar.

Terbaru, dia cetus kontroversi lagi bila bercakap pasal pekerjaan rider makanan. Katanya, kerja ni tak patut dibuat lama sangat!

“Jangan stuck 5 tahun buat grab gila..”- DMA Islam.

Dma islam rider makanan2
dmaislamridermakanan | Oh Media

Menurut DMA, jadi rider bukan jalan jangka panjang untuk kembangkan kerjaya atau kemahiran.

IKLAN

6 bulan ke setahun lebih maybe boleh lagi tapi jangan stuck selama 5 tahun buat grab gila. Macam mana kau nak develop kau punya career kalau kau just buat grab?

DMA bagaimanapun cepat-cepat menafikan dia menghina rider. Dia kata, ni semua sebab dia prihatin dan sayangkan golongan ni.

Katanya lagi, dia sendiri rasa terhutang budi dengan rider makanan dan nak mereka terus maju dalam hidup.

“Di mata manusia, kerja ni hina”- DMA Islam.

Dma islam rider makanan
dmaislamridermakanan | Oh Media

Paling panas bila DMA sentuh soal pandangan masyarakat terhadap kerja rider. Katanya, bukan kerja tu hina di sisi Tuhan, tapi…

Bukan sebab kerja tu hina, di mata Tuhan tak hina. Namun, di mata manusia sangat-sangat hina. Ini hakikatnya.

Bila kenyataan macam ni tular, macam biasa netizen pun berpecah dua. Ada yang setuju, kata DMA ada point. Tapi ada juga yang rasa, tak kisah apa orang kata asalkan kerja halal dan bawa hasil.

| Oh Media

Pssttt! Pandangan DMA Islam mungkin lahir dari niat nak tengok orang maju, tapi cara penyampaiannya jelas mengguris ramai pihak. Realitinya, kerja rider bukan mudah, mereka berpeluh demi sesuap nasi. Tak semua orang ada peluang sama. Jadi, mungkin lebih baik kita cakap dengan empati, bukan dengan nada ‘hina di mata manusia’. Hormat rezeki orang lain, walau sekecil mana sekalipun.

Kredit: Aplikasi X
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas