Connect with us

Oh! Media

Tular Rakaman Pasangan Kantoi ‘Projek’ Dalam Kereta Axia Di Kawasan Masjid Ketika Hujan

Kantoi projek di kawasan masjid

Trending

Tular Rakaman Pasangan Kantoi ‘Projek’ Dalam Kereta Axia Di Kawasan Masjid Ketika Hujan

Tular satu video di media sosial menunjukkan satu pasangan kekasih didakwa ‘projek’ dalam kereta Axia di kawasan masjid. Allahu!

ADVERTISEMENT

Menurut laporan mStar, kejadian itu sempat dirakam dari luar kereta ketika hujan lebat sebelum disergah si perakam. 

Woi turun tingkap kau. ‘Beromen’ dalam kawasan masjid.

Terbaru! Seorang individu tampil perjelas cerita sebenar untuk membersihkan nama keluarganya selepas mengaku yang dirinya adalah anak kepada pemilik kereta Axia itu di Facebook.

Axia (nombor plat) XXX XXX adalah kereta milik ayah saya, seorang pesara guru dan kini imam surau. Nama ayah saya telah ditularkan bersama alamat rumah kami.

Kereta Axia itu digunakan oleh adik bongsu saya yang sedang belajar di Kuala Lumpur. Adik lelaki saya merupakan lepasan tahfiz, dan di sana beliau juga menjadi imam dan guru mengaji.

Kami insyaAllah datang dari keluarga yang baik, bukan pembuat maksiat sebagaimana ditularkan.

Individu itu juga mendakwa yang rakan adiknya telah meminjam kereta itu beberapa hari lepas dengan alasan menghantar rakan lain ke klinik.

Kejadian yang dirakam itu adalah selepas mereka ke klinik dan pelaku dalam kereta itu adalah rakan adiknya.

Bukan adik saya, apatah lagi ayah saya sebagai pemilik kereta.

Individu itu juga berkata yang dia akan bertemu rakan adiknya. Pelaku juga dikatakan telah ke masjid dan menyelesaikan perkara itu dengan perakam video dan pihak lain yang berkaitan.

Jika kes ini dipanjangkan ke pejabat agama atau apa-apa, ia bukan lagi menjadi tanggungjawab kami. Saya hanya ingin membershkan nama ayah saya yang telah ditularkan dan dilemparkan kata-kata kesat.

Saya berharap pesalah itu insaf dan mengambil pengajaran atas keterlanjuran dan kekalahan kepada godaan syaitan.  Moga Allah pelihara maruah kita semua.

Adik bongsu saya terpaksa ‘rehatkan’ kereta tu kerana sudah ada ancaman. Dia dalam minggu study week nak ambil peperiksaan.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas