Trending
Tular Penonton Terkinja-Kinja Di Makar Fest XL Kelantan, Penganjur Beri Penjelasan
Penganjur Makar Fest XL mohon maaf isu tular dan janji akan perbaiki kawalan untuk penganjuran akan datang.
Festival Makar Fest XL yang berlangsung di Kelantan baru-baru ini mencetuskan pelbagai reaksi selepas tular beberapa rakaman yang didakwa tidak menepati garis panduan hiburan yang ditetapkan.
Dalam video tular, pengunjung dilihat terkinja-kinja ketika persembahan kumpulan Kugiran Masdo pada konsert penutup sekitar jam 10.30 malam.
Selain itu, didakwa berlaku provokasi serta percampuran antara penonton lelaki dan wanita tanpa kawalan keselamatan mencukupi.
Penganjur tampil mohon maaf
Pengarah festival tersebut, Issey Fazlisham tampil memberi penjelasan serta memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak atas kekhilafan yang berlaku.
Menurut Issey, pihak penganjur telah mematuhi semua garis panduan yang ditetapkan Majlis Perbandaran Kota Bharu sepanjang penganjuran festival tiga hari itu.
Malah, video etika pentas turut ditayangkan sebelum persembahan bermula sebagai peringatan kepada pengunjung.
Beliau yang juga bertindak sebagai pengacara turut menjelaskan bahawa peringatan secara langsung turut diberikan sepanjang malam berlangsung.
Kehadiran ramai luar jangkaan
Namun, segelintir pengunjung tetap ingkar dan melakukan pergerakan yang melanggar peraturan. Menyedari hal itu, ada pasukan keselamatan dan kru bertindak segera dengan mengeluarkan penonton yang melanggar peraturan.
Tetapi disebabkan jumlah penonton yang ramai, pihak penganjur gagal mengawal keadaan sepenuhnya sehingga perlanggaran berulang.
Walaupun pengasingan telah dilaksanakan dari bahagian hadapan hingga ke belakang, terdapat kawasan yang sukar dikawal sepenuhnya apabila jumlah pengunjung terlalu ramai. Namun, pasukan kami tetap berusaha mengambil tindakan sebaik mungkin.
Dalam kenyataan rasmi, pihak penganjur menegaskan komitmen mereka untuk terus menambah baik aspek pengurusan dan kawalan pada penganjuran akan datang.
Pssttt! Bukan mudah anjurkan festival berskala besar, lebih-lebih lagi apabila berdepan pengunjung yang terlalu ramai dan pelbagai ragam. Harapnya penganjur dapat belajar dari pengalaman ini dan perkemaskan lagi kawalan agar tidak ulang kesilapan sama. Kalau dah tahu garis panduan, pengunjung pun kenalah patuh sama ya.
Kredit: Instagram Makar Fest XL
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
[EKSKLUSIF] YB Helmy Buat Content Untuk Didik Rakyat Bukan Kejar Populariti | Oh! Podcast Ep23
OH! MEDIA 06/02/2026 8:00 PM