Tular baru-baru sebuah video di media sosial memaparkan seorang wanita yang mengidam untuk mendapat sebuah kareta Lamborghini kuning berharga RM3 Juta.
Suaminya yang ketika itu hanyalah melayan karenah isterinya yang mana berusaha menyakinkan dirinya dengan memberi alasan anak dalam kandungan.
Namun, menurut suaminya, pembelian kereta tersebut dilihat membazir dan hanya akan membuat pembelian jika video tersebut mendapatkan 100,000 tanda suka.
Dah dapat 100,000 ‘like’, tapi tak dapat lagi Lamborghini
Menerusi hantaran video oleh pengguna TikTok bernama Ayunieso24 itu, mesikpun suaminya sudah berjanji akan membelikan kereta mewah itu selepas mendapatkan 100,000 tanda suka, namun lelaki tersebut masih tidak membelikannya lagi.
Perkara itu membuatkan Ayuni seakan-akan sedih dan sempat bergurau mengelar suaminya itu ‘menipu’ kerana telah mengungkiri janjinya itu.
Menerusi video tersebut, suaminya sudah mencuba pelbagai cara untuk memujuk isterinya itu, namun tetap tidak dilayan sehingga dia membelikan kereta mewah itu.
Ayuni dah dapat kereta Lamborghini
Setelah lama menanti, akhirnya Ayuni yang sedang sarat mengandung itu dikejutkan oleh suaminya selepas sebuah kereta mewah berjenama Lamborghini kuning selamat sampai dirumahnya.
Menerusi perkongsian video tersebut, isterinya yang melihat keberadaan kereta tersebut terus melonjat keringan serta memeluk suaminya.
Difahamkan, kereta tersebut sudah lama dibelinya namun perlu menunggu masa yang lama untuk kereta tersebut sampai.
Dilihat juga Ayuni yang penuh kegembiraan cuba untuk duduk di dalam kereta tersebut selain sempat bergurau dengan menyatakan bahawa akhirnya bayi dalam kandungannya sudah dapat apa yang dia mahukan.
Netizen beri pelbagai reaksi
Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen dilihat terhibur dengan telatah suami isteri tersebut selain menyatakan kereta tersebut merupakan rezeki anak.
Namun, terdapat juga netizen yang menganggap video tersebut hanyalah lakonan semata-mata serta mendakwa kereta tersebut hanya disewa oleh lelaki tersebut.
Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mencapai lebih daripada 800,000 jumlah tontonan serta mendapat lebih daripada 80,000 tanda suka.