Connect with us

Oh! Media

Gadis Mengidam Lamborghini RM3 Juta Rupanya Adik Ipar Iqbal

Trending

Gadis Mengidam Lamborghini RM3 Juta Rupanya Adik Ipar Iqbal

Boleh dikatakan tiap-tiap hari pasti ada sahaja cerita tentang mereka. Nama Datuk Seri Vida, Ahmad Iqbal Zulkefli dan Cik B menjadi sebutan sehingga membuatkan ramai rasa tak sabar melihat DS Vida dan Iqbal atas pelamin

ADVERTISEMENT

Iqbal yang merupakan bekas PA kepada DS Vida kini dalam usaha untuk memujuk Cik B menerimanya sebagai bapa angkat baru. DS Vida juga dilihat telah menyambut ulang tahun Iqbal yang ke 27 tahun sebelum ini.

Terkini, adik ipar kepada Iqbal pula membuat kejutan menghadiahkan sebiji kek yang tertulis ‘Selamat Pengantin Baru’. Kek itu sengaja ditulis seperti itu untuk mengenakan Iqbal.

Tetapi, apa yang paling menarik perhatian, rupanya-rupanya adik ipar Iqbal adalah Anes Ayuni yang sebelum ini viral mengidam sebuah kereta mewah jenis Lamborghini RM3 juta.

Ayuni pada mulanya berlakon rasa loya dengan bau kucing dan membuatkan Iqbal rasa cuak dan serba salah. Iqbal yang cuak cuba jauhkan kucing dari Ayuni dan Iqbal akhirnya sedar itu hanya prank selepas Ayuni menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi.

Melihat di ruangan komen, ramai yang suka melihat Iqbal dan adik iparnya bergurau. Iqbal juga dilihat sangat lemah lembut dan baik.

Apapun kita doakan sahaja yang terbaik buat mereka. Semoga apa yang dirancangkan berjalan lancar dan dipermudahkan. Selamat hari lahir Iqbal.

Kredit: Instagram

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas