Connect with us

Oh! Media

“Tiada Kecederaan Pada Mangsa” – Isu Madrasah Pemulihan Dadah, Wanita Didakwa Buat Laporan Palsu

Trending

“Tiada Kecederaan Pada Mangsa” – Isu Madrasah Pemulihan Dadah, Wanita Didakwa Buat Laporan Palsu

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan membuat laporan palsu berhubung isu sebuah madrasah pemulihan dadah kendalian pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Shah Alam Selangor.

ADVERTISEMENT

BACA: Nak Bawa Adik Pulang Kerana Disyaki Didera, Pihak Maahad Tahfiz Tidak Benarkan, Siap Minta Pampasan

Memetik laporan Berita Harian, tertuduh Zuraina Zamri didakwa memberikan maklumat secara bertulis iaitu laporan polis Sri Muda yang diketahuinya palsu. Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 21 Ogos lalu pada jam 12.45 tengah malam di Balai Polis Taman Sri Muda Seksyen 25.

Sumber: Berita Harian

Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin. Tertuduh juga dilarang mengeluarkan kenyataan media yang boleh mengganggu kes perbicaraan. Sebutan semula kes ditetapkan pada 15 November ini.

Kesalahan yang dilakukan tertuduh itu disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan. Tertuduh berdepan penjara maksimum enam bulan atau dengan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, wanita itu tampil membuat laporan polis pada 21 Ogos mendakwa anaknya dipukul, ditumbuk dan kepala diketuk oleh warden. Dia mahu mengeluarkan anaknya daripada tempat itu.

Pada 23 Ogos anak wanita berkenaan tampil membuat laporan polis menyatakan dia tidak dipukul. Namun pemuda itu hadir sekali lagi ke balai polis pada 25 September mengatakan dia dipukul oleh pihak madrasah.

Mangsa telah dihantar ke Hospital Shah Alam untuk pemeriksaan lanjut dan mendapati tiada sebarang kecederaan pada mangsa.

Difahamkan, anak pengadu dihantar ke Madrasah Darussolihin selama empat bulan bagi menjalani rawatan pemulihan ketagihan dadah.

Untuk kes ini, ianya disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan diputuskan ‘No Further Action’ (tiada tindakan lanjut).

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas