Trending
Tertidur Kepenatan, Pasukan Unit Pengesan Anjing (K9) Jadi Tumpuan Ramai
Oleh
Satu video tular di TikTok memaparkan pasukan Unit Pengesan Anjing (K9), berehat setelah bertungkus lumus mencari mangsa yang terlibat dalam insiden tanah runtuh baru-baru ini.
BACA: “Dia Juga Yang Mencari Mangsa” – Fezrul Khan Perli Netizen Isu Bela Anjing
Blake, salah satu anjing yang terlibat dalam pasukan itu ‘kecundang’ setelah beroperasi selama dua hari berturut.
Hero negara
@wiramerah24 Rehatlah Blake And The Geng.. Kejap Lagi Nak Sambung Operasi Semula #tanahruntuhbatangkali
♬ Conquest of Paradise – Vangelis
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis memaklumkan bahawa anjing tersebut tidak cedera namun memerlukan rehat kerana kepenatan.
Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen berbangga dengan khidmat Blake dan Unit Pengesan Anjing (K9) yang berkerja keras dalam operasi itu.


Terima kasih dan syabas diucapkan kepada Unit Pengesan Anjing (K9) yang bertungkus-lumus dalam misi mencari mangsa.
Kredit: TikTok I Berita Harian
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
