Connect with us

Oh! Media

“Tak Peduli Siapa Pun Tan Sri, Datuk Seri, Menteri” – PMX Bersuara Isu Zara Qairina

Ohmedia saksi Zara Qairina

Trending

“Tak Peduli Siapa Pun Tan Sri, Datuk Seri, Menteri” – PMX Bersuara Isu Zara Qairina

PMX Anwar Ibrahim beri amaran tegas, tiada siapa akan dilindungi dalam kes kematian Zara Qairina.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan tidak ada sesiapa yang akan dilindungi dalam kes kematian tragis pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir.

Memetik laporan Harian Metro, PMX berkata, siasatan mesti dijalankan segera dan menyeluruh, bukan main tuduh saja.

Tak kira siapa, kalau salah akan dikenakan tindakan

Malah, beliau menegaskan hal kematian bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Oleh itu, siasatan secara menyeluruh dan mendalam mesti dilakukan.

IKLAN
Zara

Beliau sendiri sudah berbincang dengan Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri dan dimaklumkan lebih 60 saksi telah dipanggil untuk bantu siasatan.

Laporan lengkap mengenai kes juga telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara dan tindakan susulan akan diambil.

Baru-baru ini ada kematian (berkaitan kes Zara Qairina) dan Menteri Pendidikan diserang. Kematian ini bukan soal yang ringan. Anak petani miskin di Kundasang kalau mati, itu tanggungjawab kita bersama untuk cari… bukan tuduh sesiapa. Kita harus ingat ini bukan negara hukum, bukan negara fitnah. Siapa pun terlibat, tidak peduli siapa pun (sama ada berkaitan ) Tan Sri, Datuk Seri, menteri, anak menteri, kalau terlibat dalam jenayah, pembunuhan atau bersekongkol tidak akan diberi perlindungan. Tetapi jangan memfitnah.

Beliau berkata lagi, tiada campur tangan daripada pihaknya dalam siasatan yang dijalankan. Beliau hanya bertanyakan mengenai perkembangan supaya rakyat juga tahu.

Pssttt! Sehingga kini, rakyat masih mendoakan keadilan untuk arwah Zara Qairina. Al-fatihah buat arwah.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas