Connect with us

Oh! Media

“Tak Kan Tak Kenal M.Nasir” – Netizen Terkejut Papan Iklan Di Lebuhraya Damansara Puchong Papar Carian Tentang M.Nasir

Image

Branded

“Tak Kan Tak Kenal M.Nasir” – Netizen Terkejut Papan Iklan Di Lebuhraya Damansara Puchong Papar Carian Tentang M.Nasir

Siapa yang selalu guna Lebuhraya Damansara Puchong, perasan tak ada satu papan iklan yang memaparkan sejarah carian tentang M.Nasir? Lah, boleh pula kantoi tak padam search history.

Korang yang nampak papan iklan tu, mesti macam “dah kenapa benda macam ni pun nak cari” betul tak? Tapi, sedar tak sebenarnya korang pun pernah buat juga tau.

Senang cerita, apa yang korang nampak dekat papan iklan tu sebenarnya korang sendiri pun boleh relate, cuma mungkin topik yang korang cari tu tak lah sama seperti mana yang korang nampak pada papan iklan ni. 

Perkara ini telah mengundang pelbagai reaksi netizen sejak tular, ada yang terhibur dan ada juga yang mempersoalkan tentang motif paparan iklan tersebut.

Tapi, rata-rata komen netizen semua memang win lah! Kalau korang tengok pun, mesti korang geli hati sebab makin kreatif netizen kita sekarang ni. 

Tapi tak dinafikan, rata-rata antara kita mesti pernah buat perkara yang sama kalau kita tak tahu tentang sesuatu perkara betul tak? 

Image

Dah semua benda di hujung jari, mestilah kita akan search kan? Kalau tanya orang sekeliling, takut jadi bahan lawak pula kan…

Melainkan perkara yang orang sekeliling kita mahir atau tahu, sudah tentu kita akan tanya mereka. Namun, sifaf ingin tahu manusia ni kan susah nak dijangka.

Kadang-kadang bila kita tengah duduk seorang diri, mesti akan ada satu fasa dimana kita curious tentang sesuatu perkara. 

Contohnya, macam mana kucing boleh ada 9 nyawa. Haa, perkara random macam ni pun mesti korang akan search betul tak?

Jadi, tipulah kalau korang kata korang tak boleh nak relate dengan papan iklan di Lebuhraya Damansara Puchong ni! 

Haa, alang-alang tu, apa kata korang kongsi dengan kami apakah antara perkara yang korang pernah cari search bila korang ada sifat ingin tahu. 

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ahmad Zakwan
Zakwan kini memfokuskan tugasan penulisan artikel pemasaran di Oh! Media, menghasilkan kandungan yang informatif dan relevan untuk menyokong strategi pemasaran yang berkesan.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas