Branded
Grab 5-Star Eats Senaraikan Port Makan Wajib Cuba, Confirm Sedap, Disahkan Jutaan Rakyat Malaysia
Malaysia sememangnya syurga makanan. Kepelbagaian budaya berbilang bangsa menjadikan negara kita kaya dengan aneka juadah enak. Tapi dalam banyak-banyak makanan di Malaysia, macam mana nak tahu yang paling sedap dan wajib dicuba?
Untuk itu, Grab Malaysia memperkenalkan Rakan Grab Jelajah Malaysia untuk memperkenalkan seleksi makanan tempatan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (VMY2026).
Food guide dari rakyat Malaysia sendiri

Panduan Grab 5-Star Eats ini disahkan oleh Tourism Malaysia melalui review dan rating jujur dari jutaan rakyat Malaysia di seluruh negara. Senang cerita, memang legit, confirm sedap!
Bila melancong semestinya perlukan panduan dalam memilih tempat makan paling onz, sedap serta berbaloi setiap sen.
Panduan ini menjadi sumber rujukan digital untuk warga tempatan serta pelancong dalam memilih lokasi makan-makan dalam memilih tempat makan dengan citarasa asli Malaysia.
Senarai ini termasuk kedai makan yang sudah berpuluh tahun beroperasi menghidangkan menu sejak zaman berzaman, sehinggalah hot spot makan-makan baru, semuanya ada.
Jom Sertai Shahril Hamdan Dalam Pengembaraan 3 Episod

Grab turut bekerjasama dengan personaliti terkenal, Shahril Hamdan menerusi siri pengembaraan tiga episod Rakan Grab Jelajah Malaysia.
Antara restoran 5-Star Eats yang diperkenalkan di dalam siri Rakan Grab Jelajah Malaysia ialah:
-Village Park Restaurant
-Hameediyah Restaurant (Jalan Bukit Bintang)
-Restoran Mat Binjai (Jalan Sultan Sulaiman)
-Borenos Fried Chicken (Asia City)
-A1 Chicken Rice (Lintas Plaza)
Siri ini menampilkan pengalaman beberapa rakan Grab dari rantau berbeza yang meneroka budaya, makanan dan gaya hidup tempatan di Kuala Lumpur, Terengganu dan Sabah.
Sofyank Hasilkan Video CGI

Tidak ketinggalan, pencipta kandungan digital terkenal, Sofyank turut memainkan peranan dalam mempromosikan Malaysia melalui pendekatan kreatif.
@sofyank96 Malaysia ada apa eh? Kalau nak merasai keindahan flora dan kecantikan bumi, tak perlu cari tempat yang jauh, Malaysia pun banyak tempat-tempat menarik! Bila dah datang nak explore Malaysia, mestilah nak jalan puas-puas. Dengan Grab 5-Star Eats, lebih mudah nak bergerak ke sana sini dan cari makanan best. Lagi best, ada Visit Malaysia Travel Pass 2026 untuk bantu pelancong jimat lebih sepanjang trip 💚 #GrabBersamaMalaysia #visitmalaysia2026 ♬ original sound – Sofyank96
Sofyank menghasilkan satu video khas Video Kembara Malaysia, yang menggunakan kesan CGI untuk membawa penonton menjelajah pelbagai destinasi, budaya dan makanan popular di seluruh negara.
Dengan gabungan teknologi visual yang menarik dan elemen pelancongan tempatan, video tersebut berjaya menampilkan Malaysia sebagai sebuah destinasi yang penuh warna-warni dan pengalaman unik.
Tayangan Eksklusif Rakan Grab Jelajah Malaysia

Tayangan eksklusif episod pertama Rakan Grab Jelajah Malaysia dan video kembara Malaysia Sofyank berlangsung pada 19 Jun dan dihadiri dif kehormat, Datuk Manoharan Periasamy, Pengerusi Tourism Malaysia selain Sofyank serta Shahril Hamdan.
Turut memeriahkan acara adalah Pengarah Kanan Grab Malaysia, Rashid Shukor dan tidak ketinggalan rakan pemandu & penghantar-Grab.
Grab Sokong VMY2026

Selain itu, Grab turutmenyokong VMY2026 dengan Visit Malaysia 2026 Travel Pass. Macam mana tu?
Dengan Travel Pass ini, pelancong antarabangsa akan dapat mengakses Visit Malaysia 2026 Travel Pass dalam aplikasi Grab bagi mendapatkan promo dan penjimatan GrabCar dan GrabFood.
Salah satu usaha yang dijalankan adalah menerusi penglibatan Rakan Grab sebagai duta kecil pelancongan. Rakan Pemandu Grab yang terpilih telah menyertai Kursus Mesra yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).
Program latihan ini bertujuan membimbing petugas barisan hadapan termasuk pemandu e-hailing dalam memberikan layanan yang mesra, profesional dan membantu pelancong yang berkunjung ke Malaysia.
Apa tunggu lagi, buka aplikasi Grab sekarang dan check panduan GrabFood 5-Star Eats. Bagi pelancong antarabangsa pula, jangan lupa untuk lihat promosi dalam VMY2026 Travel Pass https://www.grab.com/my/campaign/grab5stareats/
