Connect with us

Oh! Media

“Saya Masih Kuarantin” – Mangsa Pencemaran Sisa Toksik Akui Muntah Lebih 20 Kali

Trending

“Saya Masih Kuarantin” – Mangsa Pencemaran Sisa Toksik Akui Muntah Lebih 20 Kali

Baru-baru ini, terjadi sebuah pencemaran sisa toksik ditali air Sungai Tawakal, Kampung Baru Sri Aman, Kempas, Johor Bahru yang memaksa seramai 102 penduduk berpindah.

ADVERTISEMENT

BACA: Pencemaran Toksik – Perdana Menteri Lakukan Lawatan Ke Pasir Gudang

Menurut sumber, dua wanita berusia antara 20-an dan 40-an telah dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) selepas mengadu sesak nafas akibat terhidu pencemaran tersebut.

Bagaimanapun, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor telah menahan empat lelaki warga tempatan termasuk pemilik kilang selepas disyaki menjadi dalang pembuangan sisi industri itu.

Mangsa pencemaran dedah situasi

Menurut laporan Kosmo, salah seorang mangsa pencemaran sisa toksik mengakui kejadian pada Selasa lalu merupakan ujian berganda buat dirinya.

Hal itu kerana mangsa, Rozi Ahmad mengakui masih sukar bernafas biarpun kejadian itu sudah dua hari berlaku selain dirinya dan keluarga diuji positif wabak pada awal bulan ini.

Pegawai Jabatan Alam Sekitar Johor melakukan kerja-kerja pembersihan sisa toksik. (Sumber: Kosmo!)

Lebih meresahkan, dia yang pengsan akibat terhidu bahan baungan beracun itu baru sahaja selesai menjalani kuarantin di rumah.

Disebabkan kejadian ini (hidu bau toksik), saya muntah lebih 20 kali pada malam tersebut.

Keadaan ini lebih teruk daripada terkena Covid-19. Ini kerana,­ walaupun dijangkiti virus itu, saya masih lagi boleh ber­nafas se­perti biasa

Menurut Rozi, keadaannya ketika ini masih lemah kerana sakit dada, pening kepala, kering tekak dan batuk. Lebih teruk lagi, wanita itu turut menghidap asma.

Kongsi kisah semasa kejadian

Pada awalnya, wanita berusia 46 tahun itu menyangka berlaku kebocoran gas dapur memasak di rumahnya, namun bau tersebut semakin kuat.

Dia juga mengakui terfikir akan pencemaran sisa toksik yang pernah berlaku pada tahun 2019 dan jangkaannya tepat selepas suaminya, Abdul Rahim Md Talib mengesan bau tersebut.

Suami saya cuba mengesan punca bau tersebut dan ternampak kepulan wap dari anak sungai yang terletak kira-kira 30 meter dari rumah rumah kami.

Selain itu, kakaknya turut pengsan dipercayai terhidu bau sisa toksik itu sebelum menghubungi pihak bomba bagi memaklumkan mengenai kejadian.

Tambahnya lagi, doktor turut memaklumkan bau toksik tersebut masih melekat pada badannya selain turut dimasukkan kamera dalam badan bagi memeriksa bahan kimia tersebut.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas