Connect with us

Oh! Media

Pempengaruh Mohon Maaf Dakwa Ada ‘Plot Twist’ Dalam Kes Kematian Adik Zara

Ohmedia ibu zara qairina

Trending

Pempengaruh Mohon Maaf Dakwa Ada ‘Plot Twist’ Dalam Kes Kematian Adik Zara

Pempengaruh, Akhi Fairuz menafikan dakwaan terima bayaran untuk buat hantaran mengenai allahyarham Zara.

Aktivis dan pempengaruh, Akhi Fairuz Al-Jengkawi tampil memohon maaf secara terbuka selepas menerima kecaman susulan kenyataan berbaur tidak sensitif yang dimuat naiknya sebelum ini berhubung kes kematian Allahyarham Zara Qairina.

Tegasnya, kenyataan tersebut langsung tidak berniat untuk mempermainkan mana-mana pihak, apatah lagi mempersendakan isu pemergian seorang remaja.

Akui khilaf dan padam post tersebut

Menurut Akhi Fairuz, penggunaan ayat ‘plot twist’ dalam posting sebelum ini ternyata mengguris hati ramai, termasuk ahli keluarga arwah.

IKLAN

Beliau mengakui silap memilih bahasa yang kurang sesuai untuk situasi yang sangat menyayat hati.

Saya menyesali akan keterlanjuran dalam memilih perkataan yang tidak sesuai atas kematian seorang anak muda. Mohon dimaafkan.

Beliau turut memohon maaf secara khusus kepada ibu arwah, Puan Noraidah serta makcik arwah, Puan Syira.

Tak terima bayaran untuk buat sebarang hantaran

Zara Qairina

Akhi Fairuz juga menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa dirinya dan Amin Idris menerima bayaran untuk menulis hantaran tertentu berkaitan kes ini.

Wallahi, Wabillahi, Watallahi, saya menafikan akan hal berkenaan. Tak perlu sampai buat tuduhan sebegitu.

Sebagai individu yang lantang menyuarakan isu keselamatan kanak-kanak, beliau berjanji akan lebih berhati-hati dalam menulis dan memilih perkataan selepas ini.

Pssttt! Semoga semua pihak mengambil iktibar agar tidak menambah luka yang masih berdarah. Semoga ada keadilan untuk adik Zara Qairina.

Kredit: Facebook Akhi Fairuz Al-Jengkawi
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas