Connect with us
Peguam Aliff Teega

Trending

Peguam Pula Bersuara Isu Dakwaan Alif Teega Dan Aisyah Hijanah Dilayan Baik Ketika Ditahan SPRM

Sebelum ini kecoh mengenai pasangan pempengaruh, Alif Teega dan Aisyah Hijanah bercerita pengalaman mereka yang diberi layanan baik ketika ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengundang perhatian ramai.

BACA“Jangan Jadikan Normal Kena Gari” – Rita Rudaini ‘Sekolahkan’ Aisyah Hijanah Dan Alif Teega

IKLAN

Terbaru! Menerusi Tiktok, seorang peguam tampil memberikan pandangannya mengenai hal itu dan berpendapat pasangan pempengaruh itu tidak patut membuat live berkongsi mengenai perkara itu.

Ini pandangan peribadi saya sebagai seorang peguam. Alif dan Aisyah sepatutnya ‘zip’ mulut mereka berkenaan layanan SPRM semasa direman. Tak perlu buat ‘live’ dan berdiskusi tentangnya.

Mungkin niat mereka berdua adalah cuba untuk menunjukkan bahawa layanan SPRM adalah professional tetapi tidak ya.

Peguam itu juga berkata yang kenyataan seperti itu buatkan orang ramai ingat yang pihak berkuasa akan memberikan layanan baik terhadap Orang Yang Disyaki (OYDS).

Tanpa disedari kenyataan itu akan membuatkan orang lain berprasangka bahawa SPRM melayan OYDS terlalu baik dan tidak tegas dalam membuat siasatan terutamanya kepada orang yang disyaki melakukan jenayah.

Kalau dah dilayan seperti sahabat baik siap bahagia di dalam bilik berhawa dingin, makan makanan yang pegawai SPRM makan, adakah bermaksud mereka dilayan seperti VVIP?

Apa gunanya reman?

Peguam Aliff Teega

Jap!


Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas