Connect with us

Oh! Media

“Kita Boleh Tahan Ke Kalau Cicak Nak Berak” – Dapur Kotor Dengan Tahi Cicak, Ini Jawapan Kontraktor Dewan Selera MRSM Taiping

Ohmedia mrsm Taiping 2

Trending

“Kita Boleh Tahan Ke Kalau Cicak Nak Berak” – Dapur Kotor Dengan Tahi Cicak, Ini Jawapan Kontraktor Dewan Selera MRSM Taiping

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bakal mengambil tindakan tegas kepada kontraktor Dewan Selera MRSM Taiping kerana telah mengabaikan kebersihan dapur.

Difahamkan, beliau turun padang untuk menyemak penyediaan makanan selepas menerima aduan daripada ibu bapa pelajar mengenai kes keracunan makanan melibatkan 31 orang pelajar MRSM Taiping pada 30 Ogos.

Mrsm Taiping

Jelas beliau, semasa terjahan dibuat, terdapat beberapa perkara tidak mengikuti piawaian yang telah ditetapkan oleh MARA.

IKLAN

Antaranya adalah pekerja tidak mencukupi, tidak mengikut menu harian yang ditetapkan serta keadaan kebersihan dapur yang berada di tahap yang tidak memuaskan.

Rupa-rupanya ini bukan kes pertama yang berlaku, ketika berjumpa dengan pelajar-pelajar yang menjadi mangsa keracunan makanan ini, mereka memaklumkan bahawa tahun lepas juga seramai 50 orang terkesan dengan isu keracunan makanan ini pada oktober lepas. Juga mereka berkongsi kepada saya gambar-gambar ulat dalam nasi, sayur dan serangga di dalam hidangan yang amat mendukacitakan saya.

Lebih mengejutkan apabila kontraktor memberi jawapan tidak masuk akal dalam cubaan untuk mempertahankan diri.

Malah, dia turut mempersoalkan semula perkara yang telah dibangkitkan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Disebabkan itu, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki akan mengambil tindakan tegas iaitu memberhentikan kontrak dan tindakan mahkamah kepada kontraktor tersebut.

Ohmedia mrsm Taiping 2

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Facebook Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas