Connect with us

Oh! Media

Pakar Cadang Konsep Pengurangan Kemudaratan Tembakau, Tapi Kenapa Masyarakat Macam Tak Ambil Peduli?

Trending

Pakar Cadang Konsep Pengurangan Kemudaratan Tembakau, Tapi Kenapa Masyarakat Macam Tak Ambil Peduli?

Merokok, merokok, merokok. 

Saban tahun isu merokok ni sentiasa menjadi perbincangan hangat dalam kalangan masyarakat, sungguhpun begitu dalam satu data yang dikeluarkan, dilaporkan dalam tempoh 7 tahun seramai 73,836 perokok menyertai program berhenti merokok. 

ADVERTISEMENT

Namun daripada jumlah itu hanya 16,930 atau 23 peratus sahaja yang berjaya berhenti dalam tempoh enam bulan. Di mana silapnya? Tidak cukup berkesankah program yang dilaksanakan kerajaan atau sudah sampai masanya pakar dan pengubal dasar duduk satu meja membincangkan alternatif terbaik untuk perokok?

Pengurangan kemudaratan tembakau

Baru-baru ini, satu persidangan pengurangan kemudaratan tembakau (THR) telah diadakan julung kalinya secara atas talian di Malaysia. Komuniti perubatan sebulat suara menyeru agar peraturan diwujudkan bagi ekosistem pengurangan kemudaratan tembakau.

Presiden Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia (FPMPAM), Dr Steven Chow dalam satu kenyataan berkata, langkah pertama dalam kejayaan pelaksanaan strategi THR di Malaysia adalah kawal selia yang menyeluruh terhadap keseluruhan ekosistem. 

“Peraturan mestilah berdasarkan bukti kukuh, pesakit dan juga membenarkan perokok dewasa mengakses maklumat THR dan pilihan rawatan”.

Langkah membenarkan perokok tegar mendapat akses kepada produk yang kurang mudarat seperti produk tembakau yang dipanaskan (Heated Tobacco Products) dilihat dapat membantu perokok untuk bertukar kepada produk yang kurang mudarat.

Sebagai contoh, New Zealand telah memperkenalkan undang-undang berkaitan dengan tujuan mempromosi rokok elektronik sebagai alternatif rokok tradisional. Agaknya bila Malaysia nak perkenalkan langkah macam ni?

Apa perbezaan rokok biasa dengan produk alternatif?

Kami faham bukan senang nak berhenti merokok ni. Jadi sebab itulah langkah mengurangkan kemudaratan tembakau ini diperkenalkan oleh pakar. Kalau tak boleh berhenti terus atau tak nak berhenti, sekurangnya anda boleh beralih kepada produk yang kurang memudaratkan dan secara perlahan dapat membantu mengurangkan kebergantungan terhadap rokok.

Seperti yang kita tahu, perbezaan utama antara rokok tradisional dan rokok alternatif adalah pada hasil akhir yang dibebaskan.

Rokok tradisional melibatkan pembakaran di mana ia menghasilkan lebih 6,000 bahan kimia seperti karbon monoksida, benzena dan acrolein yang kebanyakannya berbahaya kepada manusia. Ia bukan sahaja membahayakan kepada diri malah kepada orang disekitar sehingga wujud istilah ‘second-hand smoker’.

Berbanding alternatif bebas asap rokok seperti HTP, produk ini hanya dipanaskan di bawah suhu 350°C.  Disebabkan ia tidak membakar, ia cuma menghasilkan wap yang mengandungi nikotin dan tidak menghasilkan abu atau asap. 

Merokok ragut 5 juta nyawa setiap tahun!

Di peringkat antarabangsa, aktiviti merokok telah meragut 5 juta nyawa setiap tahun dan angka ini dijangka akan terus meningkat kepada 10 juta menjelang 2030, jika tiada tindakan diambil bermula sekarang.

Asap rokok mendedahkan perokok kepada karsinogen yang merupakan salah satu punca kanser yang terhasil daripada aktiviti pembakaran. Antara beribu bahan kimia dalam kandungan rokok, 80 daripada telah diklasifikasikan sebagai karsinogen.

Bayangkan betapa dahsyatnya jika ia dilakukan secara berulang kali, setiap hari dan sepanjang masa? Bagaimana dengan kesihatan perokok, adakah mereka begitu kebal?

Peningkatan perokok hari demi hari masih belum boleh membantu perokok tegar untuk kurangkan kemudaratan disebabkan kekurangan akses terhadap maklumat kemudaratan tembakau dan alternatif bebas asap rokok, 

Sudah sampai masanya kerajaan lebih mengutamakan kesihatan masyarakat dengan mengadakan lebih banyak perbincangan bersama pakar bagi meneroka langkah baru yang lebih efektif terhadap pengurangan kemudaratan tembakau berbanding berdepan dengan kegagalan kempen berhenti merokok.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas