Connect with us

Oh! Media

Jangan Cepat Menghukum, Ambil ‘Barang’ Alternatif Lebih Baik Dari Tiada Tindakan Langsung!

rokok alternatif

Trending

Jangan Cepat Menghukum, Ambil ‘Barang’ Alternatif Lebih Baik Dari Tiada Tindakan Langsung!

Dari kecil lagi, kita didedahkan dengan kesan-kesan merokok seperti visual penyakit kronik pada kotak rokok, iklan televisyen yang menayangkan kesan pada organ badan, dan banyak lagi sebagai usaha Kementerian Kesihatan Malaysia dalam membendung gejala merokok.

ADVERTISEMENT

Namun, walaupun banyak usaha telah dilakukan untuk mengingatkan tentang bahayanya merokok, kadar peratus perokok di Malaysia masih meningkat 4.8 juta pada 2021 berbanding 4.7 juta pada 2011, hasil Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan(NHMS) 2019.

Mesti korang tertanya-tanya kan kenapa walaupun dah banyak inisiatif dan usaha dilakukan, masih ramai lagi yang tidak sedar tentang bahayanya merokok betul tak? Kalau korang nak tahu, jom kami kongsikan. 

Tabiat & Ketagihan, Dua Perkara Perlu Difahami Tentang Perokok Tegar

Perkara yang sudah menjadi kebiasaan ni, semestinya susah untuk diberhentikan betul tak? 

Seperti tabiat merokok, kita tahu dan sedar bahawa ianya mendatangkan bahaya kepada diri serta orang sekeliling. Namun, ianya susah untuk berhenti disebabkan tabiat ini hadir dengan perasaan ketagih. 

Menurut artikel daripada News In Health, 2012, Dr Russel Poldrack berkata tabiat berasaskan keseronokan menjadi lebih sukar untuk dihentikan disebabkan ia mendorong otak untuk mengeluarkan bahan kimia yang dipanggil dopamin. 

Dr Russel Poldrack juga berkata jika perlakuan dilakukan secara berulang kali dan dopamin ada semasa perlakuan tersebut, ia akan menguatkan lagi tabiat yang dilakukan, dan jika kita tidak melakukan tabiat tersebut, dopamin akan mewujudkan keinginan untuk melakukannya semula.

Haa, sekarang korang dah fahamkan kenapa ramai perokok tegar susah untuk berhenti tabiat ini? Kalau korang tanya sendiri orang terdekat yang menghisap rokok, salah satu jawapan mereka adalah perasaan ketagih terhadap merokok. 

Sebenarnya, ramai saja orang yang ingin berhenti merokok, cumanya selain daripada rasa ketagih, mereka tidak tahu apakah antara jalan betul yang perlu diambil untuk berhenti melakukan tabiat ini. 

Jadi, apakah jalan terbaik untuk bawa perokok tegar ini untuk mula berhenti menghisap rokok? 

Ambil Iktibar Penurunan Mendadak Daripada Jepun!

Seperti yang korang tahu, negara seperti Jepun pernah menjadi negara yang cukup dikenali dengan tabiat merokok yang tegar. 

Namun, sehingga ke hari ini, Jepun telah berjaya mencatatkan kadar penurunan perokok tegar yang baik dan konsisten. Macam mana mereka buat?

Untuk pengetahuan, Jepun hadir dengan usaha memperkenalkan rokok alternatif, iaitu produk tembakau dipanaskan(HTP) dalam pasaran dengan tujuan untuk mengurangkan kemudaratan merokok. 

Buktinya, hasil tinjauan daripada Japanese National Health and Nutrition Survey (NHSNS) mendapati bahawa penurunan ketara dalam perokok dewasa berlaku disebabkan pengenalan produk tembakau yang dipanaskan(HTP).

Sebelum HTP diperkenalkan, 20 peratus orang dewasa dilaporkan merokok setiap hari atau beberapa hari pada 2014, dan statistik menunjukkan kadar perokok tegar menurun kepada 13 peratus pada 2019 selepas HTP diperkenalkan. 

Tinjauan ini juga menunjukkan bahawa majoriti besar pengguna tembakau yang dipanaskan(HTP), 76 peratus pada 2019, tidak melaporkan sebarang penghisap rokok.

Masih Mengandungi Bahan Nikotin, Rokok Alternatif Selamat Atau Tidak?

Kami yakin mesti ramai yang tertanya tentang keselamatan rokok alternatif sebab ia juga mengandungi bahan nikotin yang akan menggalakkan lagi rasa ketagihan pada perokok betul tak?

Untuk fahamkan korang tentang konsep rokok alternatif ini, ia diperkenalkan bertujuan untuk mengurangkan kemudaratan pada perokok tegar daripada menghidap penyakit-penyakit kronik seperti kanser. Lah, pula… 

Kalau korang nak tahu, perbezaan antara rokok alternatif iaitu produk tembakau boleh dipanaskan(HTP) dengan rokok tradisional adalah HTP ini dibakar menggunakan peranti pada suhu 350°C berbanding dengan rokok biasa yang dibakar pada suhu maksimum 800°C.

Selain itu, rokok tradisional ini turut mengandungi 6,000 bahan kimia yang akan terhasil daripada pembakaran yang mana sebahagian bahan kandungan itu membawa kepada penyakit kronik kanser apabila korang menghisap rokok. 

Jika dibandingkan dengan rokok alternatif HTP, ia hanya mengandungi bahan nikotin semula jadi daripada tembakau, serta ia tidak menghasilkan sebarang asap dan debu. 

Kalau korang tengok perbandingan pada kedua-dua kapas di atas, rokok alternatif HTP yang dipanaskan tidak bertukar warna gelap berbanding dengan rokok tradisional yang dibakar yang bertukar menjadi warna gelap. 

Gambar ini menunjukkan bagaimana rokok alternatif HTP ini dapat mengurangkan kemudaratan daripada masuk ke dalam badan apabila korang menghisap rokok. 

Jangan Cepat Menghukum, Beri Galakan Untuk Mereka Yang Ingin Berubah!

Sekarang kami dah jelaskan antara kelebihan rokok alternatif HTP sebagai sebahagian daripada jalan untuk membantu perokok tegar berhenti merokok serta bagaimana ianya mampu untuk mengurangkan kemudaratan dan ketagihan berbanding rokok tradisional. 

Jadi, sekarang ni kami nak korang untuk jangan cepat menghukum perokok tegar yang ingin mencuba rokok alternatif HTP ini sebagai usaha mengurangkan tabiat merokok sebab mungkin dengan cara ini, mereka dapat capai niat untuk berhenti merokok. 

Bukan itu saja, kami dengan sepenuh hati tidak menggalakkan mereka yang tidak menghisap rokok untuk mencuba rokok alternatif ini. Kami sebagai pihak media hanya ingin memberi pilihan kepada perokok tegar yang ingin mengurangkan atau berhenti tabiat merokok. 

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas