Connect with us

Oh! Media

(Video) Nenek Rockers Nyanyi Lagu ‘Pelesit Kota’ Bikin Netizen Terhibur

Trending

(Video) Nenek Rockers Nyanyi Lagu ‘Pelesit Kota’ Bikin Netizen Terhibur

Ramai ke followers ohmedia yang kaki karaoke? Kalau pergi karok, confirm lagu mendayu-dayu macam ‘Kau Kekasihku’ dari Dato’ Sri Siti Nurhaliza ataupun ‘Madah Berhelah’ dari Ziana Zain yang jadi pilihan, kan?

Bukan hanya orang muda-muda je tau yang suka karaoke, kadang-kadang orang tua-tua pun sama. Lagi-lagi kalau kita pergi kenduri kahwin. Mesti ada punyalah otai yang tengah tangkap leleh nyanyikan lagu favourite dia zaman bercinta dulu. Tapi lain pula kes nya dengan nenek yang viral ni, dia pilih untuk karok lagu rock tau!

Walaupun lengkap berbaju kurung, tapi itu tak halang nenek tersebut untuk jadi rockers. Dengan gaya nyanyian rockers yang sejati, memang terbaik lah! Kadang-kadang bunyi macam terover jadi black metal pun ada hahaha. Itu belum lagi tengok lenggok badan dengan kaki dia. Dekat part tarik yang last tu paling dahsyat.

Kalau ikutkan, dia nyanyi dengan seorang lagi pakcik yang berbaju Melayu biru. Tapi tak pasti kenapa dia sahaja yang jadi tumpuan netizen. Rata-rata semua memang terhibur dan respect dekat nenek sebab berjaya bawa lagu dengan begitu superb!

Ohmedia rasa confirm bakat nenek ni time muda-muda dulu nyanyi lagu rock. Takpelah, asalkan lepas gian di tempat yang betul. Yelah, daripada dia pergi ke pusat-pusat karaoke yang masih lagi belum dibenarkan kerajaan, baik dia nyanyi dekat kenduri. Dapat juga hiburkan tetamu yang lain.

Kredit: Twitter Humansicks

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Penulis sepenuh masa di Oh! Media yang juga sepenuh masa ingin menyampaikan manfaat kepada rakyat Malaysia.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Trending

ITTIFY

To Top