Connect with us

Oh! Media

Motivasi Kefahaman Sendiri Rupanya Punca Suspek Lakukan Serangan Sehingga 2 Anggota Polis Maut

Punca suspek serang balai polis

Trending

Motivasi Kefahaman Sendiri Rupanya Punca Suspek Lakukan Serangan Sehingga 2 Anggota Polis Maut

Semalam negara kita digemparkan dengan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram Johor Bahru oleh seorang lelaki bersenjatakan parang.

ADVERTISEMENT

Kejadian itu menyebabkan dua anggota bertugas iaitu Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said maut akibat ditembak dan ditetak.

BACAPenduduk Setempat Bongkar Sesuatu Mengenai Suspek Serang Balai Polis Dan Keluarganya

Terbaru! Menurut laporan Harian Metro, rupanya suspek melakukan perkara itu bertindak sendirian yang dikatakan didorong motivasi dan kefahamannya sendiri hasil dari siasatan awal.

Kesimpulan awal ini dibuat selepas pihak polis selesai menemu bual 46 individu yang dipercayai mempunyai kaitan dalam serangan itu dan perkara ini dikatakan sendiri Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Siasatan awal mendapati suspek bertindak sendirian didorong motivasi kefahamannya, malah dia dan keluarga juga tidak bercampur masyarakat.

Oleh itu, serangan suspek adalah terpisah daripada misi besar atau kumpulan terancang… itu tidak ada.

Insiden semalam bukan mengancam keselamatan awam begitu sekali (seperti persepsi ramai, tular, laporan segelintir media).

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas