Trending
“Tanah Kubur Bukan Tempat Cari Berkat” – Menteri Agama Akhirnya Bersuara
Menteri Agama tegur perbuatan ambil tanah kubur Nurly Sahirah. Tindakan itu boleh bawa kepada syirik dan khurafat.
Tindakan sesetengah individu yang didakwa mengambil tanah kubur arwah Nurly Sahirah Azman untuk dijadikan azimat atau mencari ‘berkat’ terus mengundang teguran.
BACA: “Cukup Sedekahkan Al-Fatihah Untuk Arwah,” – Ayah Nurly Sahirah Tegur Perbuatan Khurafat
Kali ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar pula tampil memberi nasihat tegas.
Beliau menyifatkan perbuatan itu sebagai amat mendukacitakan dan bertentangan dengan prinsip akidah Islam yang murni.
Malah, ia dianggap menyimpang jauh daripada tujuan sebenar menziarahi kubur.
Islam tak ajar ambil tanah kubur untuk tujuan khurafat

Menerusi satu kenyataan, Dr. Na’im menjelaskan bahawa Islam mengajar umatnya untuk menjaga adab terhadap orang yang telah meninggal dunia serta menghormati kawasan perkuburan.
Tanah kubur bukan tempat mencari keberkatan mahupun populariti. Sebaliknya, kita digalakkan untuk menziarahi kubur sebagai peringatan terhadap kematian, menambah keinsafan, dan mendoakan kesejahteraan roh si mati – bukan untuk tujuan-tujuan yang boleh membawa kepada syirik atau khurafat.
Tegur amalan syirik, sokong tindakan keluarga

Dr. Na’im turut mengingatkan umat Islam agar tidak mudah terikut-ikut dengan perbuatan yang tidak ada asas dalam syariat, apatah lagi jika disertai dengan kepercayaan bahawa tanah kubur boleh membawa kuasa tertentu.
Tindakan mengambil tanah kubur dan menyapunya ke wajah, jika disertai dengan keyakinan bahawa ia membawa keberkatan atau kuasa tertentu, boleh menjurus kepada perbuatan menyanggahi batas-batas syariat.
Beliau menyokong penuh tindakan keluarga Allahyarhamah Nurly Sahirah yang bertindak tegas dalam isu ini.
Beliau turut menyeru pihak berkuasa agama agar memantau kawasan perkuburan secara lebih aktif bagi membanteras amalan khurafat.
Pssttt! Semakin hari, makin banyak perkara pelik yang kita dengar berlaku atas nama “berkat” dan “populariti.” Tapi sebagai umat Islam, kita kena ingat batas akidah dan jangan terlalu taksub hingga sanggup buat amalan khurafat.
Kredit: Facebook Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM