Connect with us

Oh! Media

Lelaki Maut Sebelum Sempat Menyarung Cincin Pertunangan

Trending

Lelaki Maut Sebelum Sempat Menyarung Cincin Pertunangan

Semua orang yang bercinta mesti nak hubungan diorang kekal, kalau boleh tu mesti la nak sampai ke akhir hayat. Dah bertahun-tahun berkawan siapa je yang tak nak halalkan hubungan. 

ADVERTISEMENT

Tapi berbeza pula cerita Mohammad Uzair bersama bakal tunangnya. Belum sempat dia menyarungkan cincin ke jari manis bakal tunangnya, Mohammad Uzair telah pun pergi dijemput Ilahi. 

Dikhabarkan keluarga pihak lelaki sudah pun bersedia untuk menghantar pinangan kepada keluarga pihak perempuan tetapi tidak kesampaian.

Apakan daya tuhan lebih dirinya, apabila anak kedua daripada lapan beradik itu dikatakan maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika menunggang motosikal di Jalan Haji Ahmad di Kuantan, pada Sabtu lalu.

Mohammad Uzair Nasaie Abdul Ruzak, 28, semasa kejadian itu berlaku, mangsa yang menunggang motosikal dikatakan meninggal dunia di tempat kejadian selepas dirempuh oleh kereta jenis Toyota Camry yang dipercayai telah masuk ke laluan yang bertentangan.

Lebih menyedihkan apabila tunang mangsa yang bergegas ke tempat kejadian hanya mampu melihat dan meratapi sekujur tubuh mangsa yang sudah tidak bernyawa.

Bapa mangsa, Abdul Ruzak Hussin, 56, berkata, walaupun dia reda dengan ketentuan Ilahi, tetapi keluarganya terkilan kerana hajat anaknya itu untuk bertunang dengan gadis pilihannya tidak kesampaian.

Mangsa dikatakan baru sahaja pulang dari kerja dan ingin keluar minum bersama bakal tunangnya sebelum mendapat panggilan daripada polis mengenai kemalangan itu.

Pada sebelah petang dia ada telefon ibu dia, minta ibu jaga diri dan bertanya kalau dia masih ada hutang yang belum dibayar dan dia juga merancang untuk bertunang. – Katanya.

Menurut Abdul Ruzak ayah kepada mangsa, Mohammad Uzair Nasaie dikatakan suka bekerja sendiri dan ada membuka sebuah kedai gunting rambut di Kuantan. Mohammad Uzair juga merupakan seorang yang selalu mengambil berat tentang adik beradik dan ibu bapanya 

Abdul Ruzak berkata, keluarganya reda dengan kejadian dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan dan tindakan mengikut lunas undang-undang dalam isu berkenaan.

Anak saya sudah tiada dan memang sudah tertulis takdirnya begitu. Saya juga tak akan dapat kembalikan anak saya kerana nyata nyawa tak boleh diganti, saya serahkan segalanya kepada pihak berkuasa.

Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuklah semua kariah di Masjid Bukit Setongkol, surau Bukit Ubi dan Masjid Kampung Baru Bentong yang membantu menguruskan jenazah yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Marong. – Katanya.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintenden Kamarulzaman Jusoh berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pemandu kereta berkenaan ditahan reman sehingga esok bagi membantu siasatan.

Pihak polis masih lagi menunggu laporan kimia bagi melihat sama ada pemandu kereta jenis Toyota Camry Hybrid berusia 32 tahun itu berada dalam pengaruh alkohol ataupun tidak. 

Benarlah orang kata, jodoh dan pertemuan semuanya sudah pun ditakdirkan oleh tuhan. Begitu juga dengan ajal, bila sudah sampai masanya kita semua akan ‘pergi’. Buat keluarga Mohammad Uzair semoga kalian tabah menerima ujian kehilangan ini.

Kredit: Utusan Digital

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas