Connect with us

Oh! Media

Mat Salleh Cari Makan, Rhys Kejutkan Ramai Peminat

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Oh! Artis

Mat Salleh Cari Makan, Rhys Kejutkan Ramai Peminat

Rhys William berjaya turunkan berat dari 135kg ke 93kg walaupun kerjaya penuh dengan makanan.

Siapa sangka, dalam diam-diam pempengaruh dan pengulas makanan popular Mat Salleh Cari Makan, Rhys William berjaya mencipta kejutan besar apabila berkongsi perjalanan transformasi kesihatannya yang sangat mengagumkan.

Menerusi satu hantaran terbaru di Facebook, Rhys memaklumkan berat badannya kini turun daripada 135kg kepada 93kg, manakala peratusan lemak badan pula berkurang daripada 40% kepada hanya 13%. Paling menarik, semua ini dicapai tanpa perlu ‘bercerai’ dengan makanan!

Tetap buat video makan, tapi badan semakin fit…

Rhys

Rhys turur berkongsi bahawa perubahan fizikalnya bukanlah satu perkara mudah, tetapi berbaloi dan sangat memuaskan.

IKLAN

Bukan suatu perjalanan yang mudah, tetapi satu perjalanan yang saya sendiri rasa sangat berbaloi. Saya masih dapat menikmati makanan walaupun sedang berdiet.- Tulisnya dalam hantaran tersebut.

Menurutnya, rahsia utama kejayaannya ialah dengan mengekalkan konsistensi dan tidak terburu-buru dalam mengejar hasil.

Tip saya mungkin kedengaran membosankan, kekal konsisten, fikir jangka panjang dan jangan ekstrem. Perlahan-lahan kayuh. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

Netizen terinspirasi, tabik usaha Rhys!

Rhys

Perkongsian tersebut pantas menerima ribuan reaksi positif daripada netizen yang kagum dengan kejayaan Rhys. Ramai menganggap ia sebagai bukti bahawa perubahan gaya hidup sihat masih boleh dilakukan walaupun bekerja dalam bidang yang ‘berkait rapat’ dengan makanan.

Malah, Rhys turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokongnya sepanjang perjalanan kesihatan itu.

Pssttt! Jangan tunggu esok untuk mula jaga kesihatan. Kalau Rhys yang kerja makan pun boleh turun berat badan secara sihat, kita pun boleh! Kuncinya?

Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas