Connect with us

Oh! Media

Bomba Buat Laporan Polis Terhadap Influencer

Ohmedia bomba cari influencer

Oh! Tidak

Bomba Buat Laporan Polis Terhadap Influencer

Gara-gara palsukan kehilangan di sungai, bomba buat laporan polis. Operasi 4 hari jadi sia-sia!

Tak masuk akal, tapi ini betul-betul berlaku. Seorang pempengaruh dan adiknya dikatakan mereka-reka cerita kononnya dia hilang di Sungai Tui, Bukit Kepong.

Akibatnya, pasukan bomba terpaksa kerah 30 anggota selama empat hari untuk operasi menyelamat. Ketua Zon 4 JBPM Johor, Norshuhada Amsari mengesahkan laporan polis telah dibuat di IPD Muar.

BACA: Pempengaruh Pura-Pura Hilang Dikecam Teruk Lepas Kebenaran Terbongkar

IKLAN

Ia juga membabitkan risiko keselamatan pasukan penyelamat serta mengganggu tugas-tugas kecemasan lain.

Tindakan ini turut menjejaskan kredibiliti dan kepercayaan masyarakat terhadap agensi penyelamat dan pihak berkuasa jika tidak dibendung.

Influencer rupa-rupanya lari ke luar negara…

Bomba2

Pihak polis mula curiga dengan laporan yang dibuat. Sabtu lalu, Ketua Polis Daerah Muar, ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz dedahkan, lelaki berusia 38 tahun itu sebenarnya tak hilang.

Dia lari ke negara jiran dan baru pulang ke tanah air Jumaat lepas. Lebih mengejutkan, adiknya sendiri yang bantu menipu, siap tolak kereta ke dalam sungai dan pura-pura cari mangsa konon hilang.

Menurut Shuhada, laporan itu dibuat sebagai pengajaran untuk orang ramai agar tak buat perkara sia-sia seperti ini.

Bomba

Saya tegaskan ia adalah tindakan yang tidak wajar kerana kami bimbang boleh mengganggu insiden kecemasan lain.

Pasukan keselamatan sudah berhari-hari berkampung di lokasi. Namun perkara berlaku sebaliknya.

Pssttt! Benda ni bukan main-main. Kalau betul ada masalah, jangan sampai susahkan pihak berkuasa dan bazirkan masa pasukan penyelamat. Mereka tinggalkan keluarga, berjaga malam semata-mata nak bantu tapi akhirnya kena tipu. Ohmedia harap korang ambil iktibar, jangan sesekali ulang benda bodoh macam ni.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas