Connect with us

Oh! Media

Mahkamah Arah Kerajaan Bayar Pampasan RM5 Juta Kepada Keluarga Mendiang Altantuya

Trending

Mahkamah Arah Kerajaan Bayar Pampasan RM5 Juta Kepada Keluarga Mendiang Altantuya

Hari ini, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah memerintahkan pihak kerajaan dan tiga yang lain untuk membayar wang pampasan sebanyak RM5 juta kepada keluarga mendiang Altantuya Shaariibuu.

ADVERTISEMENT

BACA: (Video) Najib Razak Angkat Sumpah Laknat Berikutan Kes Pembunuhan Altantuya

Hakim Mahkamah Sivil, Vazeer Alam Mydin Meera membuat keputusan itu pada pagi ini memihak kepada keluarga Altantuya selepas tindakan sivil difailkan pada 2007.

Dibunuh dengan kejam

Hakim memaklumkan bahawa tindakan tertuduh terbukti telah ‘membunuh dengan kejam’ terhadap si mati dan menyalahi undang-undang.

Keterangan daripada jabatan forensik menyatakan bahawa Altantuya telah ditembak dan diletupkan dengan bahan letupan yang diikat pada badannya yang telanjang. Ini menyebabkan serpihan daging dan tulang bertaburan di kawasan hutan di Puncak Alam.

Kerajaan dan tiga yang lain

Sebelum ini, ibu bapa dan abang mendiang telah memfailkan saman RM100 juta terhadap dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar), penganalisis politik (Abdul Razak Baginda), dan kerajaan Malaysia.

Vazeer memutuskan keluarga Altantuya berjaya membuktikan saman sivil mereka dan memerintahkan empat defendan untuk membayar faedah tahunan sebanyak 5% bagi pampasan RM5 juta (RM25,000 setiap seorang).

Tertuduh saling berkait

Mengikut fakta kes, Altantuya dikatakan mahu mengutip bayaran daripada Razak atas kerja terjemahannya di Paris.

Hakim juga memaklumkan bahawa Razak mengakui meminta bantuan Azilah bagi menangani isu Altantuya mengganggunya.

Defendan pertama dan kedua (Azilah dan Sirul) tidak mengenali si mati sebelum tarikh 19 Okt 2006 (ketika dua bekas polis itu bertemu Altantuya di luar rumah Razak dan mengiringinya pergi). – Hakim Vazeer

Terdapat motif yang boleh dilihat untuk defendan pertama dan kedua meletupkannya dengan bahan letupan gred tinggi. Satu-satunya kaitan antara defendan pertama dan kedua dengan si mati ialah defendan ketiga (Razak). – Hakim Vazeer.

Azilah kini sedang menunggu hukuman mati di Malaysia. Manakala, Sirul berada di bawah jagaan pihak berkuasa Australia.

Kredit: MalaysiaKini

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas