Connect with us

Oh! Media

Dah Lebih 30 Tahun Jual Nasi Ayam Claypot Mesra Muslim, Owner Nafi Guna Bahan Tak Halal

Ohmedia ateyn Featured Image 37

Trending

Dah Lebih 30 Tahun Jual Nasi Ayam Claypot Mesra Muslim, Owner Nafi Guna Bahan Tak Halal

Pada September tahun lalu, tular di media sosial mengenai sebuah restoran yang menghidangkan nasi ayam claypot didakwa menggunakan bahan tidak halal seperti arak dalam penyediaan hidangan mereka.

Betul ke dakwaan tu? Menerusi temubual bersama WeirdKaya, pengusaha yang dikenali sebagai Ahmad tampil menjelaskan situasi dari pihaknya.

Ahmad menjelaskan bahawa sijil halal kedai mereka sedang dalam proses. Proses ini juga memakan masa bertahun-tahun.

IKLAN
Sijil Halal

Kami tidak pernah menggunakan arak beras. Ia adalah minyak bijan hitam yang mempunyai sijil halal.

Gerai nasi ayam claypot yang boleh dikatakan legend diasaskan oleh Ahmad Muzakin dan isterinya Nona terletak di Sri Petaling. Mereka telah berada dalam dunia nasi ayam lebih daripada 30 tahun.

Nasi Ayam

Perjalanan pasangan ini ke dunia nasi ayam claypot bermula dari majikan mereka yang merupakan seorang chef di kedai Kopitiam yang menyediakan makanan mesra Muslim. Dia menurunkan kemahiran memasaknya kepada pasangan ini.

Ahmad dan Nona termotivasi untuk meneruskan tradisi bagi menyediakan pilihan mesra Muslim untuk umat Islam yang ingin menikmati masakan Cina.

Kami menceburi perniagaan ini dan mendapati ia bermakna kerana saya melihat ramai umat Islam berminat mencuba makanan Cina tetapi tiada peluang kerana tidak banyak pilihan mesra Muslim, kata Ahmad.

Pasangan itu mengambil alih gerai majikan mereka pada tahun 2006 dan terus menjaga warisan pemilik terdahulu. Pada bulan Julai tahun lepas, pasangan ini berpindah ke kedai mereka sendiri.

Ahmad dan Nona fasih bertutur dalam bahasa Kantonis dan Mandarin asas, walaupun mereka tidak menerima pendidikan formal dalam bahasa Cina.

Ahmad dan Nona juga merancang untuk membuka cawangan baru dan memperkenalkan lebih banyak hidangan pada masa hadapan.

Ohmedia ateyn Featured Image 37

Jap!


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nurul Fatin
Fatin merupakan bekas penulis separuh masa di Oh! Media, gemar menjelajah dunia dan berkongsi pengalaman serta pandangan uniknya melalui penulisan, memberikan inspirasi kepada pembaca untuk terus eksplorasi dunia.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas